ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton meterai MoA bersama smart Automobile di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2023

Berita Global

Views

Proton hari ini memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama smart Automobile di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2023.

Ia genap 20 bulan selepas kedua-dua pihak menandatangani dokumen sama tahun lalu yang membawa kepada pelantikan Proton sebagai pengedar rasmi untuk kenderaan smart di Malaysia dan Thailand.

MoA itu ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdulah, dan Naib Presiden Jualan Global, Pemasaran dan Selepas Jualan smart Automobile, Mandy Zhang.

Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, Presiden Global smart Automobile, Tong Xiangbei, Ketua Pegawai Eksekutif, PRO-NET, Zhang Qiang dan Pengarah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Unny Shankar.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

MoA pertama yang ditandatangani adalah untuk meneroka potensi Proton untuk menjual penawaran EV smart di ASEAN, manakala dokumen baharu pula adalah untuk kedua-dua pihak mengkaji kemungkinan untuk memasang kenderaan smart secara tempatan di kilang Proton, Tanjung Malim.

Menurut Dr Li Chunrong, MoA baharu ini membawa kerjasama ke tahap baharu kerana mereka dalam perbincangan mengenai pemasangan model smart di Malaysia.

Berikutan pemeteraian MoA pada tahun 2022, Proton telah mengorak langkah besar dalam usahanya untuk mewakili smart di rantau ini.

Perjanjian Pengedaran Am (GDA) telah ditandatangani pada bulan Ogos tahun lalu, diikuti dengan pembentukan PRO-NET.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Sejak itu, Proton telah menghantar kumpulan pekerja ke China untuk menjalani latihan sambil bekerja khusus untuk industri EV untuk membina kumpulan bakat bagi rancangan pasaran EVnya sendiri pada masa depan.

Ia juga telah menguji smart #1 secara meluas di Malaysia untuk mendapatkan pengetahuan tentang prestasinya apabila dipandu dalam iklim yang unik dan keadaan jalan raya di sini.

Sementara itu, PRO-NET telah menandatangani MoU dengan Gentari, membina hubungan kerja dengan pemegang kepentingan ekosistem EV lain, melantik sepuluh pengedar smart serta memperkenalkan smart #1 kepada orang ramai di pelbagai acara.

Terbaharu ialah pelancaran Hello smartApp baru-baru ini yang menawarkan empat ciri pertama di Malaysia termasuk penyepaduan 70 peratus peta pengecasan daripada pengendali pengecasan, untuk mengenalpasti ketersediaan, tempahan dan pembayaran untuk pengecas EV dalam negara.

Dr Li Chunrong menambah, semua aktiviti pengeluaran akan tertumpu di Automotive High Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim, yang bakal menjadikan Malaysia sebagai hab EV serantau.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply