ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan smart #1 kini dibuka – Tiga varian, anggaran harga dari RM200k hingga RM250k

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara smart dan Proton di Nanning, China, smart Malaysia secara rasminya membuka tempahan untuk smart #1, hari ini.

Tiga varian smart #1  ditawarkan untuk pasaran Malaysia, terdiri daripada Pro, Premium dan Brabus. Anggaran harga bermula dari RM200,000 hingga RM250,000  termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans).

Pilihan warna bagi varian Pro terdiri daripada Digital White, Laser Red, Cyber Silver, Quantum Blue dan Future Green. Varian Premium pula menawarkan warna tambahan iaitu Atom Grey – Matte dan Lumen Yellow.

 

Varian Pro dan Premium tampil dengan reka bentuk yang bergaya serta menawarkan pemanduan yang mengujakan, manakala varian Brabus adalah versi berprestasi tinggi dengan penampilan reka bentuk luaran yang lebih sporty.

Ruang kabin, varian Pro menampilkan kemasan standard “After Dark“, manakala varian Premium menerima kemasan “Dark Matter” dwitona putih dan hitam, dan kedua-duanya menampilkan Eclipse Black Roof kecuali Atom Grey dengan bumbung mengikut warna badan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Varian Brabus menerima kemasan dalaman ‘Brabus’ yang eksklusif dengan tujuh kombinasi warna luaran yang berbeza.

Untuk bumbung Radiant Red, pembeli boleh memilih daripada warna luaran Atom Grey – Matte, Meta Black dan Cyber Silver.

Manakala untuk bumbung hitam, ia boleh dipadankan dengan warna Digital White, Laser Red dan Cyber Silver. Warna Atom Grey – Matte turut menerima bumbung mengikut warna badan.

 

Dikuasakan oleh bateri LFP 49kWj dengan jarak pemanduan sejauh 315km (WLTP), varian Pro didatangkan dengan rim aloi 19-inci seretan rendah untuk kestabilan dan bumbung halo panoramik.

Varian Premium pula menawarkan ciri tambahan seperti lampu hadapan ‘CyberSparksLED + Matrix‘, jeriji bercahaya, dan bateri NMC 66kWj.

Ia dilengkapi dengan motor tunggal berkuasa 200kW dengan 343Nm daya kilas yang memacu roda belakang, memberikan jarak pemanduan sejauh 440km (WLTP).

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Versi Brabus pula direka untuk peminat kereta berprestasi tinggi, dengan masa pecutan 0-100km/j dalam masa 3.9 saat.

Kuasa disalurkan menerusi rangkaian kuasa dwi-motor pacuan semua roda yang menjana kuasa sebanyak 315kW dengan 543Nm daya kilas serta menawarkan jarak pemanduan sejauh 400km (WLTP).

Tempahan boleh dibuat menerusi aplikasi Hello smart App dengan bayaran sebanyak RM1,000 yang boleh dikembalikan semula.

 

501 pelanggan pra-pesanan pertama smart #1 turut menerima manfaat #1 Early-Bird eksklusif dalam bentuk kredit pengecasan bernilai RM1,001 melalui aplikasi Hello smart.

Kredit pengecasan ini akan dikreditkan ke akaun pemilik selepas menerima kenderaan mereka. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang, penghantaran pertama dijadualkan pada suku keempat (Q4) tahun 2023.

Untuk maklumat lanjut mengenai smart #1, pelanggan boleh menghubungi pengedar rasmi smart atau memuat turun Aplikasi Hello smart App daripada Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply