ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton mulakan 2020 dengan ‘langkah kanan’, catat 8,506 pendaftaran baharu

Berita Tempatan

Views

Proton membuka tirai tahun ini dengan merekodkan sebanyak 8,506 pendaftaran baharu, iaitu kenaikan sebanyak 20.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. Jumlah ini juga menunjukkan pencapaian terbaik bagi bulan Januari dalam tempoh selama empat tahun.

JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

Pegangan pasaran turut memperlihatkan pertumbuhan di mana kedudukan Proton kini meningkat sebanyak 4.9 peratus kepada 19.5 peratus, berbanding tempoh sama tahun lalu. Meskipun tempoh operasi bulan Januari adalah singkat disebabkan perayaan Tahun Baharu Cina, Proton tetap mencatatkan jualan seperti yang dijangkakan dan kekal di kedudukan kedua.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong berkata, ia adalah satu permulaan yang baik bagi tahun ini kerana kebiasaannya, Januari adalah bulan yang mencabar.  X70 masih kekal sebagai pemimpin segmen apabila mencatat pendaftaran baharu sebanyak 1,367 unit. Saga terus menjadi model terlaris Proton dengan jumlah jualan sebanyak 3,871 unit.



JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan 72 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Model Persona mencatat jualan sebanyak 2,109 unit iaitu dua kali ganda berbanding 2019. Jumlah ini mewakili peningkatan 84 peratus berbanding tempoh sama.

Jualan Iriz pula berkembang hampir lima kali ganda, dengan 785 unit diserahkan kepada pelanggan, iaitu peningkatan sebanyak 465 peratus. Tambah Dr. Li,  Proton akan terus bekerja keras untuk mengekalkan kejayaan ini dan akan terus meningkatkan tahap kepuasan bagi kedua-dua kualiti dan perkhidmatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply