ARKIB

KATEGORI

Spekulasi

Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

Spekulasi

Views

Selepas memperkenalkan dua model SUV, X70 dan X50, kami terdengar ura-ura Proton bercadang untuk memperkenalkan sebuah lagi model SUV, kali ini dengan tujuh-tempat duduk. Namun buat masa ini ia masih lagi pada peringkat awal dan tidak dapat dipastikan bilakah model tersebut akan diperkenalkan secara rasmi ke pasaran tempatan.

Baru-baru ini Geely telah mengumumkan nama rasmi untuk model SUV terbaharu mereka, Hao Yue (namakod VX11) yang mempunyai tiga baris tempat duduk. Menurut Geely, Hao Yue (VX11) hanya akan mula dijual di China bermula akhir tahun ini. Adakah model Geely Hao Yue (VX11) bakal menjadi SUV ketiga yang memakai lencana Proton?

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Hao Yue (VX11) mempunyai dimensi yang agak besar, iaitu 4,835 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,780 mm tinggi, dan mempunyai jarak antara gandar 2,815 mm. Jika Hao Yue (VX11) bakal di’Proton’kan nanti, ia mungkin berada dalam segmen yang sama dengan Mazda CX-8 yang juga SUV tiga baris tempat duduk,

Model ini bakal mempunyai dua pilihan penjana, iaitu enjin turbo dengan pancitan terus berkapasiti 1.5 liter dan 1.8 liter. Pilihan enjin tiga silinder 1.5 liter turbo mampu menjana 174 kuasa kuda dan 255 Nm daya kilas dan bakal digandingkan dengan transmisi enam-kelajuan automatik atau tujuh-kelajuan dwi-klac (7DCT).



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Enjin empat silinder 1.8 liter turbo pula mampu menghasilkan 181 kuasa kuda dan 300 Nm daya kilas yang dipadankan dengan transmisi enam-kelajuan automatik atau tujuh-kelajuan dwi-klac (7DCT). Enjin terbaharu ini mula digunakan pada model Bo Yue Pro, dikatakan menepati piawaian emisi Kebangsaan China 6B dan kotak gearnya pula menurut Geely mempunyai kecekapan 97 peratus, kurang satu liter untuk setiap liter berbanding dengan model asal Bo Yue.

Dari segi reka bentuk, model Hao Yue (VX11) mempunyai gaya rekaan yang agak bersegi sekaligus menampakkan susuk tubuhnya yang lebih ‘sado’. Jeriji depannya menampilkan gaya rekaan baharu Expanding Cosmos dengan logo baharu Geely dan lampu utama jenis LED matriks.

Ia turut dipasang dengan rim aloi rekaan lima jejari berkembar dwitona bersaiz 19-inci yang dipasang pada tayar jenis Kumho Crugen berprofil 225/55. Adakah Geely Hao Yue (VX11) bakal menggunakan nama Proton X90? Kami rasa model ini sangat sesuai untuk dijadikan kenderaan rasmi untuk jabatan kerajaan dan kontraktor untuk melawat tapak projek kan?

Nampaknya Toyota Fortuner, Mazda CX-8 dan KIA Sorento bakal mempunyai pesaing nanti. Sama-sama kita nantikan info selanjutnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply