Proton telah memperluaskan jangkauan geografinya di Caribbean dengan menjalinkan kerjasama dengan ANSA Motors Limited di Trinidad dan Tobago, sejak bulan Mac tahun ini.
Kerjasama dengan syarikat yang berpengalaman selama satu abad dalam industri automotif ini telah membuahkan hasil yang memberangsangkan, dengan sambutan pembeli terhadap model keretanya melebihi jangkaan awal.
Setakat ini, Proton telah menghantar 261 unit ke negara tersebut pada tahun 2024, iaitu 101 peratus daripada sasaran jumlah jualannya dengan jumlah keseluruhan yang dihantar ke sana sebanyak 366 unit sejak CY2023.
Pada 13 Mac lalu, Proton telah pun melancarkan model SUV terlarisnya iaitu X90 dan X50 di negara tersebut. Dengan permintaan tempatan yang semakin meningkat, ANSA Motors meningkatkan sasaran jualan mereka kepada 300 unit pada tahun 2024.
Meskipun dengan populasi hanya 1.5 juta penduduk, perkembangan industri automotif di negara ini sejajar dengan negara-negara yang lebih maju, dengan pembeli kereta semakin cenderung kepada ciri-ciri baharu seperti hibrid dan kenderaan elektrik (EV).
Dengan peningkatan pendapatan per kapita yang semakin meningkat di rantau tersebut, kenderaan mewah semakin menjadi pilihan, dan kemunculan jenama baru dan menarik seperti Proton mendapat penerimaan di luar jangkaan.
Dengan lebih daripada 25 anak syarikat di seluruh Caribbean, Kumpulan Syarikat ANSA McAL adalah salah satu konglomerat terbesar di Trinidad dan Tobago.
Ditubuhkan pada tahun 1919, anak syarikatnya ANSA Motors telah menjadi pelopor dalam industri automotif dan telah memperkenalkan jenama automotif global terkemuka ke negara tersebut.
Syarikat ini juga merupakan pengedar Ford pertama di Caribbean dan telah memainkan peranan penting dalam mengubah industri automotif selama beberapa dekad ini.
Sejarahnya merangkumi interaksi peribadi dengan Henry Ford hingga penubuhan kilang pemasangan di Trinidad dan Tobago.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Walaupun ANSA Motors telah berjaya menghadapi cabaran sepanjang 105 tahun operasinya, cabaran hari ini memerlukan set kemahiran yang baharu.
Untuk kekal berdaya saing dan relevan terhadap kemasukan pemain baharu di pasaran, termasuk kenderaan import kelabu, ANSA Motors sedang mengembangkan kewujudan jenamanya di rantau ini.
Menurut Ketua Perniagaan Serantau, ANSA Motors, Jerome Borde, teknologi dan penetapan harga kenderaan Proton adalah kekuatan yang dapat dimanfaatkan oleh mereka.
Tambah beliau, pihaknya memerlukan jenama yang menawarkan nilai untuk wang dan Proton sememangnya memenuhi keperluan tersebut.
ANSA Motors berpendapat, pasaran automotif di Trinidad dan Tobago perlahan-lahan mula menerima kenderaan elektrik (EV) dengan hibrid menjadi daya tarikan utama untuk pertumbuhan dalam jangka pendek, sama seperti negara membangun yang lain.
Sejak dilancarkan, Proton telah mengeksport 6,501 kenderaan siri X ke 18 negara lain, termasuk Trinidad dan Tobago, Brunei, Mesir, Nepal dan Ghana.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI