ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua menang Emas di Anugerah Putra Brand 2017 buat kali pertama

Views

Jika tadi Proton merangkul Anugerah Perak bagi Kategori Automotif di Anugerah Putra Brand 2017, Perodua pula adalah pemenang Anugerah Emas buat kali pertama dalam kategori tersebut. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata anugerah ini merupakan pengiktirafan sebenar kepada Perodua, sebuah jenama tempatan sebagai jenama pilihan rakyat Malaysia.

Pencapaian ini sememangnya membanggakan dan setanding dengan beberapa jenama antarabangsa setelah mereka hanya memenangi Anugerah Perak dan Gangsa di anugerah tersebut beberapa tahun yang lalu. Ini merupakan tahun yang ke-tujuh Perodua memenangi anugerah tersebut sejak ia diperkenalkan lapan tahun yang lalu. Anugerah Putra Brand adalah satu inisiatif oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4A’s) untuk memberi pengiktirafan kepada jenama tempatan dan antarabangsa yang telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Anugerah ini turut disahkan oleh MATRADE dan disokong oleh Persatuan Penjenamaan Malaysia (BAM), Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA) dan Persatuan Pakar Media (MSA). Seramai 6,000 responden telah diwawancara untuk menentukan jenama terbaik Malaysia mengikut ranking. Perodua sedang memulakan inisiatif utama untuk meningkatkan Kepuasan Pelanggan termasuk meningkatkan penawaran produk, meningkatkan perkhidmatan seperti perniagaan Kenderaan Terpakai Perodua dan penglibatan pelanggan yang lebih baik dalam jualan dan selepas jualan. Sejak 1993, Perodua telah berjaya menjual lebih tiga juta kenderaan dan menjadi jenama pilihan Malaysia sejak 2006.

Syabas kami ucapkan pada Perodua!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply