ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton rasmi Bilik Pameran Platinum di Alor Setar – Isu kekurangan stok alat ganti sedang ditangani

Berita Tempatan

Views

Proton terus meluaskan rangkaian jualan dan perkhidmatannya dengan pembukaan rasmi cawangan 3S/4S yang ke-147 di Alor Setar baru-baru ini.

Cawangan ke-10 EON ini juga merupakan Bilik Pameran Platinum Proton yang kelima di negara dan berada lokasi ikonik Alor Setar, Souq Albukhary.

Dengan mempunyai bilangan cawangan 3S/4S yang tertinggi dalam industri, Proton juga mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan selepas jualan untuk pelanggannya.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, berkata pihaknya menyedari isu yang dihadapi berkaitan selepas jualan dan ketersediaan alat ganti.

Tambah beliau, pelanggan telah menghubungi mereka dan pihaknya amat menyesali sebarang kesulitan yang berlaku.

Beliau ingin menegaskan bahawa pihaknya mengambil serius setiap aduan yang diterima dan pihak pengurusan telah mengenalpasti beberapa kekurangan dan isu operasi yang memerlukan pembaikan.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Katanya, langkah pertama adalah menangani ketersediaan alat ganti dan mereka telah melaksanakan peraturan mandatori di mana semua pengedar dikehendaki memegang stok tiga bulan untuk 22 alat ganti permintaan tinggi.

Pusat alat ganti Proton juga tertakluk kepada peraturan yang sama dan mereka berharap ini akan mengurangkan masa menunggu pelanggan.

Tambahnya, Proton turut memperkukuhkan keupayaan dan pengetahuan pengedar untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang kepada semua pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply