ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton rasmi pusat 3S/4S ke-149, siap ada mesin kopi Starbucks weh!

Berita Tempatan

Views

Proton telah merasmikan pembukaan pusat 3S/4S yang ke-149nya terletak di Kota Bharu, iaitu Harima Auto Mobil 4S (Harima). Ia merupakan cawangan pengedar Proton terbesar di dua negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Harima dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah serta turut dihadiri oleh Pengasas Harima, Liew Foo Lin dan Pengarah Harima, Liew Vee Lee.

Sejak 1986, Harima telah beroperasi sebagai pengedar Proton di Kota Bharu dan pusat 4S baharu ini bakal memberikan perkhidmatan pelanggan yang lebih baik dan menjadi pusat tumpuan bagi pemilik jenama tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Menurut Liew Vee Lee, pihaknya mengambil keputusan untuk beroperasi sebagai pengedar 4S kerana merasakan tahap kepuasan pelanggan yang diperlukan tidak dapat dicapai sekiranya mereka terus beroperasi sebagai bilik pameran kecil.

Terletak di Tunjong, kawasan yang membangun dengan pesat di Kota Bharu, pengedar 4S itu mempunyai keluasan binaan 2,400 meter persegi dengan sebelas ruang servis, dan bilangan ruangan ketuk dan cat yang sama.

Bilik pameran pula boleh mempamerkan sepuluh buah kenderaan dan turut dilengkapi dengan kawasan permainan kanak-kanak, WIFI percuma dan ruang istirahat pelanggan yang selesa.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Harima juga bekerjasama dengan Proton Global Services (PGS) untuk menawarkan kemudahan lain, antaranya ruang minuman yang menyajikan kopi Starbucks, serta sudut produk berjenama Proton dan R3.

Mengulas mengenai pembukaan pusat 4S baharu ini, Roslan Abdullah berkata ia akan membantu meningkatkan reputasi jenama Proton di Kota Bharu.

Pihaknya juga berharap dapat meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan dan memberikan pengalaman yang benar-benar premium bagi pelanggan di negeri ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply