ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Saga versi CKD Pakistan dilancarkan

Berita Global

Views

Ini berita baik buat peminat setia Proton! Menurusi satu hantaran ringkas, pemilik akaun Facebook, Aris Anuar memaklumkan, model Saga buatan Pakistan (CKD) telah dilancarkan oleh Presiden negara tersebut, Arif Alvi semalam.

Menurutnya, Ketua Eksekutif Proton Pakistan, Hilal Afridi telah memberikan ucapan menarik mengenai bagaimana persefahaman antara Al-Haj Automotive dengan pihak Proton yang telah terjalin pada tahun 2018.

Konsul Jeneral En Khairul Nazran turut berucap mewakili kerajaan Malaysia, manakala Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed, turut menyampaikan ucapan menerusi sidang video.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Saga telah dilancarkan secara rasmi ke pasaran Pakistan secara dalam talian pada April lalu. Empat pilihan varian ditawarkan, iaitu Saga MT, Saga AT, Saga Ace termasuk Saga R3 Limited Edition yang hanya terhad kepada 100 unit sahaja.

Saga R3 Limited Edition di Pakistan turut ditawarkan dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan. Saga di Pakistan dijana oleh enjin 1,299 cc S4PE yang menghasilkan 95 PS dan 120 Nm daya kilas.

Kapasiti enjin yang lebih rendah membolehkannya dijual pada tanda harga yang lebih rendah berikutan perbezaan struktur cukai untuk kereta berkapasiti 1,300cc dan ke atas.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Rosewood MaroonRuby RedSnow WhiteJet Grey dan Armour Silver manakala versi Saga R3 Limited Edition pula ditawarkan dengan kombinasi warna Quartz Black dengan calitan kuning.

Harga jualan Saga di Pakistan bermula dari PKR 1,975,000 (RM53,690) untuk Saga MT, PKR2,125,000 (RM57,769) untuk Saga AT dan PKR2,225,000 (RM60,488) untuk Saga ACE. Saga R3 Limited Edition pula dijual dengan harga PKR 2,175,000 (RM59,129) untuk transmisi manual dan PKR2,425,000 (RM65,925) untuk transmisi automatik.

Ia turut ditawarkan dengan waranti selama 5-tahun atau 150,000km.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply