ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton sambung ‘cuti cukai’ bagi semua model untuk bulan September

Views

Jualan kenderaan Proton pada bulan Ogos 2018 terus mencatat kenaikan meningkat untuk tiga bulan berturut-turut. Jualan pada bulan Ogos meningkat sebanyak 18.5 peratus berbanding Julai, menjadikannya bulan jualan tertinggi sejak 36 bulan yang lalu. Secara keseluruhannya, sebanyak 9,501 unit kereta telah dijual yang merupakan jumlah jualan terbanyak sejak Julai 2015.

Saga dan Persona terus mendominasi keseluruhan jualan dengan jualan Saga memecah rekod jualan sebanyak 4,000 unit dengan pendaftaran sebanyak 4,174. Proton Persona pula hampir mencapai jualan 3,000 unit dengan pendaftaran sebanyak 2,957 unit bagi Ogos.  Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar berkata peningkatan jualan pada Ogos banyak didorong oleh GST yang berkadar sifar sebelum pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), serta kempen pemasaran yang giat dijalankan,

SST akan diserap oleh Proton untuk semua model pada bulan September sempena pelaksanaan semula SST. Sebelum ini Proton menyatakan bahawa akan terdapat perubahan harga apabila SST dilaksanakan, tetapi buat masa ini perubahan tersebut tidak akan memberi kesan terhadap pembeli-pembeli kereta keluarannya.

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Proton memberikan tawaran hebat pada model-model terpilih dengan diskaun antara RM500 sehingga RM1,000 akan ditawarkan bagi Saga, Iriz dan Persona, serta Proton Ertiga Xtra yang baharu sahaja dilancarkan.
Jumlah cawangan 3S dan 4S juga semakin meningkat berikutan pelancaran SUV pertamanya yang dijangkakan pada hujung tahun ini.

Sehingga 20 Ogos 2018, sebanyak 96 cawangan (cawangan baharu dan ubahsuai) telah mendapat kelulusan untuk dinaiktaraf. Jumlah sasaran kelulusan adalah sebanyak 109 cawangan pada Oktober tahun ini. Ada di antara rangkaian pengedar yang komited untuk menjual lebih 2,000 unit kereta setahun, dan ia mampu dicapai kerana model SUV serta produk-produk akan datang yang dihasilkan bersama Geely hanya akan dijual secara eksklusif oleh pusat 3S dan 4S.

JOM BACA >> WAJIB BACA: Perodua Alza Facelift 2018 – Apa Yang Kami Tahu

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir membuat kunjungan ke Geely sempena lawatan kerja ke China bulan lalu termasuklah berkunjung ke Geely Auto di Hangzhou pada 18 Ogos. Delegasi beliau telah disambut oleh Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group, Li Shufu yang turut memberi kesempatan bagi Perdana Menteri dan pengurusan kanan Proton bertemu serta beramah mesra dengan kakitangan di sana.

Tun Dr Mahathir turut menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Dasar Induk (HOA) antara Geely Auto dan Proton bagi memulakan kajian yang memfokuskan pada peluang memasang dan menjual kereta-kereta Proton di China. Perjanjian tersebut akan membuka peluang kepada Proton untuk masuk ke pasaran kereta terbesar di dunia.

Pusingan akhir Pertandingan Servis Selepas Jualan Proton (PASS) akan berlangsung di Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST) pada 29 September sehingga 2 Oktober 2018. Seramai 15 peserta telah terpilih dari 5 pusingan wilayah yang telah berlangsung pada 20 Julai hingga 18 Ogos yang lalu, di mana mereka kini akan merebut hadiah wang tunai serta lawatan insentif bernilai RM50,000.

Beberapa bulan sebelum ini, Proton telah melakukan pelbagai acara atau aktiviti seperti Proton 1 Tank Adventure, di mana cabaran ini berakhir dengan perjalanan yang begitu epik dari Kulai, Johor menuju ke Juru, Penang. Sebanyak 31 penyertaan bagi Iriz, Persona dan Saga telah memperoleh beberapa keputusan yang hebat termasuklah rekod baharu iaitu sebanyak 3.5L/100KM bagi Iriz.

Para peserta turut dibawa ke Pusat Kecemerlangan Proton (COE), litar pandu uji Proton dan studio reka bentuk Proton bagi mengetahui proses mereka bentuk kereta. Cabaran Ace the Space pula menyaksikan 4 kumpulan telah berentap di pusingan akhir. Di pusingan pra kelayakan, mereka perlu memuatkan seramai yang boleh di dalam sebuah MPV Proton. Pada pusingan akhir kumpulan yang muncul sebagai juara telah berjaya memuatkan seramai 55 orang di dalam Proton Exora sekaligus tercatat di dalam Malaysia Book of Records.

Proton juga telah menganjurkan pertandingan bersama Grab pada Ogos lalu yang dinamakan cabaran Proton Wealth on Wheels (WOW). Pertandingan ini melibatkan pemandu-pemandu Grab yang memandu Proton Iriz, Persona dan Saga. Peserta diberi tugasan untuk mengumpul hasil sebanyak yang boleh dalam masa satu hari dengan hanya menggunakan satu tangki minyak.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga Dengan Warna Baharu Ditemui

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply