ARKIB

KATEGORI

Buletin

SST – Harga kenderaan Perodua 1-3 peratus lebih rendah berbanding GST

Views

Selaras dengan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kerajaan mulai 1hb September 2018, Perodua telah mengeluarkan senarai harga baharu untuk semua kenderaannya, antara 1-3 peratus lebih rendah (untuk model tertentu sahaja) berbanding era 6 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin berkata, berdasarkan struktur cukai baharu, hampir semua model Perodua berharga lebih rendah berbanding sebelum 1hb Jun 2018. Pada 1hb Jun 2018, kerajaan telah merombak kadar cukai GST dari 6 peratus ke kadar sifar, membuka ‘cuti cukai’ selama 3 bulan kepada rakyat Malaysia dan membawa kepada peningkatan permintaan kenderaan dalam tempoh tersebut.

JOM BACA >> WAJIB BACA: Perodua Alza Facelift 2018 – Apa Yang Kami Tahu

Pada bulan Julai, Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa SST, yang menggantikan GST, akan ditetapkan pada kadar 10 peratus untuk jualan dan 6 peratus untuk perkhidmatan. Perodua mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya kepada 3.3 juta pelanggan yang menjadikan Perodua sebagai jenama pilihan mereka.

Perodua akan terus menawarkan harga kompetitif kepada para pelanggan untuk perkhidmatan servis penyelenggaraan serta alat ganti. Tambah Datuk Dr Zahari lagi, Perodua amat menghargai sokongan padu yang telah ditunjukkan oleh orang ramai terhadap produk dan perkhidmatannya, dan akan terus memperbaiki diri untuk para pelanggannya. Kunjungi mana-mana cawangan jualan dan perkhidmatan Perodua di seluruh negara untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

JOM BACA >> Proton Perdana FL Concept 2018

KLIK UNTUK BESARKAN

   

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply