ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton serah X50 ‘kustom’ khas untuk Y.A.M. Tengku Laksamana Selangor

Berita Tempatan

Views

Proton dengan bangganya hari ini menyerahkan sebuah X50 ‘kustom’ kepada Y.A.M. Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Menurut laman Facebook rasmi Proton Cars, proses modifikasi model SUV ini telah dilakukan oleh Automotive Conversion Engineering (ACE) Sdn Bhd, yang merupakan unit khas dalam Proton yang pakar dalam pengubahsuaian kenderaan.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

ACE juga telah mengubahsuai kesemua koleksi kereta Proton yang dimiliki oleh Tengku Sulaiman. Antara keunikan X50 Tengku Sulaiman adalah warna luaran dwitona khas, gabungan emas dan hitam yang diserikan dengan grafik jejalur perlumbaan berwarna hitam.

Ethereal Bow pada jeriji X50 Tengku Sulaiman ini turut dicat dengan kemasan warna emas. Paling menarik, emblem berbentuk ‘kepala burung helang’ dengan kemasan krom turut diletakkan pada bahagian muncung hud depan.

Nombor plat X50 ini juga turut dihiasi dengan motif burung helang dengan gabungan kemasan emas dan juga krom. Di bahagian belakang, emblem Proton dengan kemasan krom turut diletakkan pada bahagian atas palang krom, manakala tulisan Proton dicat dengan warna emas.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Selain itu dua lencana khas berbentuk bendera dan jata negeri Selangor ditampal di kiri dan juga kanan jejalur grafik warna hitam. Emblem X50 turut ditambah dengan huruf ‘S’ menjadikannya ‘SX50‘, manakala muncung ekzos turut dihiasi kemasan emas.

Bukan itu sahaja, lampu strob turut dipasang pada bahagian bampar dan depan X50 ini. Pada bahagian sisi, ia turut dihiasi grafik jejalur hitam, emblem krom pada tiang-D dan ia turut dihiasi rim aloi seakan bilah kipas dengan kemasan krom berkilat yang unik.

Di ruang kabin, ia telah diberikan kemasan tempat duduk kulit berwarna hitam dengan jahitan bebenang emas. Panel papan pemuka, konsol tengah dan stereng X50 ini turut digayakan dengan kemasan ‘kayu’ seperti kereta mewah. Fob kunci X50 ini juga unik kerana ia diberikan kemasan seakan keluli/krom kusam sepenuhnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Proton Cars

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply