ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Proton siar video acah Persona dan Exora Black Edition

Berita Tempatan

Views

Akhirnya, terbukti benar info yang kami perolehi sebelum ini mengenai kewujudan model Edisi Khas, Proton  Persona dan Exora Black Edition yang bakal dilancarkan 18 Februari nanti. Laman Facebook rasmi Proton Cars sebentar tadi sekali lagi menyiarkan video acah kedua-dua model tersebut.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Menurut Proton Cars, kedua-dua ini bakal menampilkan beberapa elemen seperti elegan, prestij, kekuatan dan misteri. Antara peningkatan yang dilakukan sudah pastinya warna luaran hitam yang bergaya. Sebenarnya, bukan hanya model Persona dan Exora Black Edition yang bakal dilancarkan nanti, ada dua lagi model yang memakai lencana R3 Limited Edition, iaitu Iriz dan Saga.

Menurut maklumat terkini yang kami perolehi, difahamkan kesemua model Edisi Khas ini akan dihasilkan dalam kuantiti yang terhad. Berikut adalah jumlah kuantiti yang bakal dihasilkan untuk seluruh Malaysia:

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

  • Proton Saga R3 Limited Edition – 3,000 unit sahaja
  • Proton Iriz R3 Limited Edition – 1,000 unit sahaja
  • Proton Persona Black Edition – 2,000 unit sahaja
  • Proton Exora Black Edition – 500 unit sahaja

Nantikan acara pelancaran model-model ini secara maya mulai jam 11.00 pagi, 18 Februari 2021 (Khamis) menerusi saluran media sosial Facebook Proton Cars. Tempahan secara dalam talian untuk model-model ini akan bermula pada tarikh dan masa yang sama. Anda juga boleh mendaftarkan minat di pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply