ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wanita pandu Honda Civic lawan arus punca kemalangan empat kenderaan

Berita Tempatan

Views

Tindakan seorang wanita memandu kereta secara melawan arus mengundang padah apabila telah menyebabkan nahas jalan raya membabitkan empat kenderaan di susur Lebuh Raya Utara-Selatan ke Jalan Perusahaan Perai, Perai, semalam.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Menurut K! ONLINE, kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu bagaimanapun tidak menyebabkan kematian dan hanya kecederaan yang dialami mangsa. Kejadian itu membabitkan kereta jenis Honda Civic dan Perodua Myvi, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora serta motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pekerja swasta berusia 31 tahun yang memandu Honda Civic dikatakan telah memandu melawan arus dipercayai untuk masuk ke lebuh raya.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Katanya, ketika di tempat kejadian, kereta itu telah berlanggar dengan Perodua Myvi dan Proton Exora serta sebuah motosikal. Bagaimanapun mangsa yang terlibat hanya cedera dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk terima rawatan.

Beliau berkata, penunggang lelaki berusia 31 tahun cedera pada kaki, manakala pemandu lain iaitu lelaki berusia 26 dan 29 tahun masing-masing mengadu sakit dada dan tiada kecederaan serius. Wanita yang memandu melawan arus itu pula cedera pada kaki dan masih dirawat di hospital. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply