ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Iriz dan Saga R3 Limited Edition serta Persona Black Edition dilancar 18 Februari?

Berita Tempatan

Views

Semalam kami menyiarkan artikel yang memaparkan Iriz dan Saga R3 Limited Edition sedang dibawa oleh treler pengangkut ke pusat pameran Proton. Sebenarnya, besar kemungkinan ada satu lagi model yang bakal diperkenalkan serentak dengan kedua-dua model yang memakai lencana R3 itu, iaitu Persona Black Edition.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Ini bermakna ada 3 model edisi khas bakal dilancarkan dalam masa yang terdekat. Persamaan yang paling ketara antara ketiga-tiga model tersebut adalah kesemuanya dicat dengan warna hitam. Yang berbeza hanyalah nama dan mungkin juga kemasan dalamannya.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Menurut info yang kami perolehi, ada khabar angin mengatakan Proton akan melancarkan ketiga-tiga model ini pada 18 Februari 2021, kira-kira seminggu selepas cuti perayaan Tahun Baharu Cina. Setakat ini masih belum disahkan lagi info tersebut dan apa yang pasti ia akan dilancarkan sebelum akhir Februari.

Teruskan bersama kami untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply