ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Suprima S rekaan khas mara ke Separuh Akhir Hot Wheels™ Legends Tour 2022 Global

Berita Tempatan

Views

Hot Wheels™ Legends Tour dengan kerjasama Art of Speed Malaysia kembali untuk tahun ketiganya di Malaysia.

Jelajah Pertunjukan Kereta terbesar dunia itu dalam misi pencarian kenderaan rekaan khas terbaru yang layak ditransformasi kepada model kereta mainan (die-cast) skala 1:64 Hot Wheels®.

Tahun ini, William Chong, seorang juruteknik trak treler dari Negeri Sembilan bakal membawa cabaran negara apabila rekaan khas Proton Suprima S 2015 miliknya terpilih ke peringkat Separuh Akhir Global.

Pusingan akhir Malaysia dengan kerjasama Art of Speed Malaysia diadili oleh barisan pereka Hot Wheels® yang terdiri daripada Pengarah Rekaan Kenderaan Die-Cast Hot Wheels®, Bryan Benedict dan ketua pereka kenderaan Hot Wheels® Monster Trucks dan Red Line Club, Brendon Vetuskey.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Mereka disertai oleh juri jemputan: Tengku Djan, DEV JBC, dan Ahirine Ahirudin. Setiap penyertaan dinilai berdasarkan Ketulenan (Authenticity), paparan identiti Hot Wheels®; Kreativiti, keunikan yang tersendiri; dan Semangat Garaj (Garage Spirit), kemampuan menghidupkan semangat ‘buatan khas bukan dibeli’.

Pertandingan peringkat Malaysia mencatatkan 204 penyertaan, meningkat 25 peratus berbanding tahun lalu. Suprima S milik Chong bakal bersaing dengan barisan model kereta terhebat merentasi benua.

Sebagai pemenang Hot Wheels™ Legends Tour siri Malaysia, rekaan Proton Suprima S 2015 bakal bersaing di peringkat Separuh Akhir Global Hot Wheels® Legends secara virtual pada 11 November 2022.

Chong akan bersaing dengan para pemenang lain dari seluruh dunia untuk merebut slot di Peringkat Akhir Global pada 13 November 2022.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Buat kali pertama dalam sejarah Hot Wheels™ Legends Tour, jenama tersebut melancarkan program Pilihan Peminat Serantau (Regional Fan Favourite) untuk para pemenang rantau Asia Pasifik.

Para peminat boleh mengundi rekaan kegemaran mereka menerusi saluran media sosial Hot Wheels® dan rekaan pemenang akan ditransformasi kepada model kereta permainan edisi terhad tersendiri (one-of-a-kind OOAK).

Pemenang untuk program ini akan diumumkan pada Peringkat Akhir Global. Menurut William Chong, beliau telah mencurahkan idea dan tenaga sepenuhnya dalam rekaan ini dan berharap dapat membanggakan Malaysia!.

Anda boleh menonton strim langsung (livestream) Separuh Akhir Global Virtual Hot Wheels™ Legends Tour 2022 pada Jumaat, 11 November 2022, jam 9:00 pagi menerusi www.facebook.com/hotwheels/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply