ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Tanjong Malim menang tempat pertama Anugerah Tenaga Nasional (NEA) 2023

Berita Tempatan

Views

Proton Tanjong Malim baru-baru ini telah memenangi tempat pertama dalam kategori Tenaga Boleh Baharu di bawah segmen atas grid (Grid Nasional) dalam Anugerah Tenaga Nasional (NEA) 2023.

Kemudahan panel solar dwi-muka tempat letak kereta terbesar di Malaysia yang dilancarkan dua tahun lalu bukan sahaja mencapai, malah melepasi matlamat awalnya yang mampan.

Anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, dalam majlis yang berlangsung pada 8 Mac lalu.

Dianjurkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, acara  tahunan itu meragkumi empat kategori iaitu Pengurusan Tenaga, Bangunan Cekap Tenaga, Tenaga Boleh Baharu dan Anugerah Khas.

Pemenang setiap kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 manakala naib juara. menerima hadiah wang tunai RM15,000.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sejak dilaksanakan pada bulan Mei 2021 hingga bulan Jan 2024, panel solar dwi-muka dan panel solar di atas bumbung kilang berjaya mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 32,406 tan, lebih tinggi daripada sasaran awalnya sebanyak 11,536 tan setahun.

Ini bersamaan dengan mengimbangi lebih kurang 893,000 pokok, yang seterusnya memberi manfaat besar kepada komuniti dan ekosistem di Tanjung Malim.

Sehingga kini, penggunaan tenaga boleh diperbaharui telah menjana 45.78 GWj dan mengurangkan kos elektrik di kilang sebanyak 11 peratus pada tahun 2023 dengan penjimatan melebihi RM10 juta.

Dibina dan ditauliahkan oleh Kumpulan Pekat dan syarikat bersekutunya MFP Solar, kemudahan panel solar tempat letak kereta berkeluasan 23.4 ekar telah menjadi tempat perlindungan untuk 2,880 unit kereta baharu yang dihasilkan di kilang, sebelum dihantar kepada rangkaian pengedar di seluruh negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong, pihaknya turut menggalakkan pengeluar automotif lain serta keseluruhan rantaian bekalan untuk menggunakan tenaga boleh diperbaharui pada masa hadapan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Proton komited untuk mengurangkan pelepasan karbonnya, bermula dengan Proton Green Wheel dan inisiatif Hijau Proton yang terdiri daripada 5 fasa,

Ini termasuklah melaksanakan Sistem Pengurusan Tenaga, langkah Kecekapan Tenaga, Pengurusan Sisa dan Air kepada tenaga boleh diperbaharui dan data tenaga digital.

Inisiatif ini telah membantu menjimatkan RM20 juta atau bersamaan dengan penjimatan 55,000 MWj dan lebih 40,000 tan pengurangan pelepasan CO2.

Seterusnya, Proton menyasarkan Pelan Hala Tuju Tenaga 10 tahun bermula dari tahun 2020 dengan projek seperti pengembangan sistem fotovoltaik solar (PV), sistem penyimpanan tenaga bateri, sistem penyejukan district dan pemulihan haba sisa dalam perancangan.

Ia sejajar dengan matlamat negara untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45 peratus pada tahun 2025 dan 60 peratus pada tahun 2035.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply