ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bermaz Auto dilantik sebagai pengedar kenderaan elektrik XPeng di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Bermaz Auto Bhd semalam mengumumkan bahawa pihaknya telah menerima hak pengedaran, jualan alat ganti serta perkhidmatan selepas jualan bagi kenderaan elektrik (EV) pintar jenama XPeng di Malaysia.

Hak pengedaran tersebut itu dianugerahkan oleh Shenzhen Xiaopeng Motors Supply Chain Management Co., Ltd., China dan Guangzhou Xiaopeng Motors Trading Co., Ltd., China.

Shenzhen XPeng dan Guangzhou XPeng mengawasi pengedaran dan/atau jualan kenderaan elektrik pintar jenama XPeng, jualan alat ganti dan pemasaran, serta penyediaan perkhidmatan selepas jualan di peringkat global.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Mereka merupakan rakan kongsi kepada Guangzhou Xiaopeng Motors Technology Co., Ltd. (XPeng Motors), pengeluar kenderaan elektrik pintar jenama XPeng yang berpangkalan di Guangzhou, Guangdong, China selain mempunyai beberapa pejabat di Mountain View, California, Amerika Syarikat dan Munich, Jerman.

Saham XPeng Motors didagangkan secara awam di Bursa Saham New York dan Bursa Saham Hong Kong. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bermaz Auto, Datuk Francis Lee Kok Chuan, pihaknya sangat gembira kerana telah diberikan hak pengedaran XPeng untuk pasaran Malaysia.

Ujar beliau, kenderaan pintar jenama XPeng adalah di antara kenderaan elektrik pintar popular di China dan juga di peringkat global.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ia dilengkapi dengan ciri-ciri terkini seperti teknologi pemanduan kendiri, kokpit digital, dan bateri berprestasi tinggi.

Perisian Navigation Guided Pilot XPeng menawarkan keupayaan pemanduan autonomi dan boleh digunakan dalam bandar utama di China seperti Beijing dan Shanghai.

Antara model-model EV pintar XPeng yang dijual di pasaran global pada ketika ini adalah P7, P5, G3i dan G9. Mereka juga telah memperkenalkan model MPV tujuh-tempat duduk X9 untuk pasaran China semasa Auto Guangzhou 2023 pada bulan November tahun lalu. – New Straits Times

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply