ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton X70 MC2 masih giat jalani ujian, jangkaan pelancaran selepas Hari Raya

Foto Intip

Views

Kelibat unit ujian Proton X70 MC2 berjaya dikesan sekitar USJ pada 3 Mac lalu oleh pemilik akaun Facebook bernama Gan Bock Khim.

Foto yang dirakam dari jarak yang agak dekat itu telah dikongsikan ke laman group X70OCM (Proton X70 Owner Club Malaysia).

Meskipun ‘masih menyorok’ di bawah pelitup penyamaran, kita sudah dapat melihat dengan lebih jelas ‘wajah baharu’nya yang menampilkan rekaan lampu depan, jeriji dan juga bampar serba baharu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kebetulan pula, ada sebuah X70 model semasa berada berhampiran dengannya dan kita sudah dapat nampak perubahan yang sangat ketara dari bahagian depan.

X70 MC2 bakal merima rekaan jeriji baharu bermotifkan elemen busur atau “Ethereal Bow” dan kemasan corak “Infinite Weave” dengan butiran berlian seperti yang ada pada model X90 dan S70.

Jeriji baharu tersebut juga mirip versi kembarnya, iaitu Geely Boyue Pro di China atau Azkarra di pasaran Filipina.

Namun, lampu belakangnya masih lagi mengekalkan unit yang sama seperti versi sedia ada, hanya rekaan bampar yang sedikit berubah.

 

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Difahamkan juga, rekaan papan pemukanya masih lagi mengekalkan bentuk sedia ada pada model semasa dan mungkin hanya ada sedikit sahaja kemas kini yang dibuat.

Dalam artikel terdahulu, ejen perisik Mat Bond memaklumkan bahawa ketibaan X70 MC2 akan sedikit lewat berbanding perancangan asal, pada suku pertama (Q1) 2024.

Ini berikutan pihak pengurusan tertinggi Proton mahukan ‘lebih banyak perubahan’ dibuat pada model facelift ini. Ada ura-ura mengatakan, X70 MC2 akan dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Besar kemungkinan, ia bakal dilancarkan semasa pameran Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung di Taman Ekspo Agro Malaysia (MAEPS), Serdang pada 22 hingga 26 Mei 2024.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Gan Bock Khim

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply