ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Waja terbalik setelah ‘aksi himpit-menghimpit’ dengan Honda City, dua cedera

Tular

Views

Pemandu dan penumpang sebuah kereta Proton Waja cedera setelah kenderaan dinaiki terbabas dan terbalik selepas dihimpit sebuah Honda City di Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bentong, semalam.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku jam 10.15 pagi membabitkan dua kenderaan kereta jenis Proton Waja dan Honda City.

Katanya, siasatan lanjut mendapati Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke Kedah manakala Honda City dari Temerloh menuju ke Shah Alam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Setibanya di lokasi kejadian, Honda City terbabit dipercayai dipandu dengan cuai selain bertindak menghimpit dan menekan brek sehingga menyebabkan pemandu Proton Waja itu gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas.

“Akibat kejadian, dua individu iaitu pemandu dan penumpang Proton Waja berusia antara 30-an hingga 50-an cedera di bahagian kepala dan tangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Nasri berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Terdahulu tular video di media sosial kemalangan membabitkan sebuah kenderaan setelah dipercayai dihimpit sebuah kenderaan lain.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Video tular berdurasi satu minit 41 saat itu memaparkan kejadian bermula apabila Proton Waja terbabit dipercayai menukar lorong dari lorong kiri ke lorong kanan.

Honda City dari arah belakang dipandu seorang lelaki dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Proton Waja itu kemudiannya mengekori rapat sebelum berlaku kejadian himpit menghimpit antara dua kenderaan itu.

Akibat daripada itu, Proton Waja hilang kawalan sebelum terbabas dalam kejadian di Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply