ARKIB

KATEGORI

Tular

Tiada saman terhadap pemandu buat pusingan-U dan lawan arus di LTU Raub – KPN

Tular

Views

Tiada tindakan saman dikenakan terhadap pemandu kenderaan melakukan pusingan U serta melawan arus di laluan keluar Raub, Lebuh Raya Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) bypass Raub dalam sebuah video tular, pada Ahad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, jalan keluar itu akan ditutup bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Ujarnya, walaupun tindakan itu tidak sepatutnya berlaku, namun buat masa ini pihaknya menekankan advokasi keselamatan jalan raya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Memang tindakan (pusingan U serta lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham mereka semua nak balik kampung dan kita bukan mencari kesalahan, tetapi hanya mahu permudahkan urusan semua,” katanya pada sidang akhbar di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, lebih 5,900 anggota dan pegawai trafik di seluruh negara terlibat dalam Op Selamat 22 yang bermula 8 April hingga 13 April ini.

Enam kesalahan utama diberi penekanan iaitu memandu melebihi had laju; memandu di lorong kecemasan; memotong di garisan berkembar; memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit.

Jelas beliau, pihak polis juga akan melakukan pemantauan dan kawalan aliran trafik terutamanya titik hitam dan lokasi panas.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tumpuan pihaknya apabila kempen ini (Op Selamat) adalah mendidik rakyat, sikap satu elemen penting yang mana pengguna jalan raya hendaklah bertanggungjawab antara satu sama lain,” katanya.

Razarudin berkata, orang ramai diingatkan agar memandu dengan cermat dan memeriksa kenderaan terlebih dahulu.

“Mereka yang balik kampung diminta memaklumkan kepada balai polis berdekatan bagi memudahkan rondaan cegah jenayah termasuk bukan Islam yang pergi bercuti,” katanya.

Jumaat lalu, Razarudin melancarkan Op Selamat 22 sempena perayaaan Aidilfitri bermula 8 April hingga 13 April ini.

Bertemakan kempen Op Selamat siri ke-22 dengan tema rumah selamat, selamat sampai ke destinasi, beliau meminta kerjasama antara masyarakat dan Polis Diraja Malaysia agar sasaran dapat dikurangkan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply