ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 Edisi Merdeka diperkenalkan – 62 unit sahaja

Berita Tempatan

Views

Dah lama Proton tak keluar model edisi terhad kan? Sempena menyambut bulan kemerdekaan, Proton memperkenalkan X70 Edisi Merdeka (EM) di pusat pameran 4S Ming Heng Motor, Setapak petang tadi. Ia didatangkan secara ekslusif pada model X70 varian Premium dengan dua warna pilihan iaitu putih (Snow White) atau merah (Flame Red).

JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya

Apa yang menarik model edisi terhad ini hanya dikeluarkan sebanyak 62 unit, mengambil sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-62. Ia ditawarkan pada harga jualan RM126,100. Proton yakin jualan model edisi terhad ini mampu dihabiskan dalam Bulan Kemerdekaan memandangkan permintaannya sangat menggalakkan.

Apa ciri-ciri istimewa Proton X70 Edisi Merdeka?

  • Bumbung dan tiang-A model ini diwarnakan dengan cat Quartz Black.
  • Visor pintu di sekeliling kereta.
  • Plat pelindung (scuff plate) di bampar belakang.
  • Emblem khas ‘Merdeka Edition’ dilekatkan pada bahagian belakang.
  • Alas kaki baharu.
  • Pelapik but belakang.
  • Emblem khas ‘Merdeka Edition’ dengan nombor siri dilekatkan pada bucu papan pemuka.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Selain itu, tempat duduk dengan balutan kulit Nappa, bumbung kaca serta Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang terdapat pada varian Premium turut ditawarkan pada model ini. Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata X70 Edisi Merdeka merupakan hasrat syarikat yang turut sama meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia.

Proton amat berterima kasih di atas sokongan daripada pelanggan dan kerajaan Malaysia, jadi pengenalan model edisi khas ini adalah cara mereka untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka
JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply