ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X90 terjah pasaran Bangladesh – Dua pilihan varian, operasi CKD bermula akhir tahun

Berita Global

Views

Pengeluar kereta nasional, Proton telah melancarkan model SUV terulungnya, X90 di Bangladesh pada 29 Februari lalu.

Bertempat di Dhaka, majlis telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Rakyat Bangladesh, Haznah Md. Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong dan Pengarah Urusan Kumpulan, Rancon Holdings Berhad, Romo Rouf Chowdhury.

Rancon Holdings Berhad merupakan pengedar eksklusif dan rakan kongsi perniagaan Proton di Bangladesh. Dua varian X90 ditawarkan, iaitu Flagship dengan enam-tempat duduk dan Premium dengan tujuh-tempat duduk.

Bangladesh merupakan pasaran eksport keempat untuk model X90 dan sehingga kini, 25 unit telah didaftarkan dalam tempoh kurang daripada dua minggu selepas pelancarannya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain X90, satu lagi model SUV iaitu X70 turut ditawarkan di Bangladesh dengan lebih banyak tempahan yang telah disahkan dalam perancangan.

Proton yakin bahawa Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) pertama mereka itu dapat mencipta niche pasaran sebelum operasi pemasangan tempatan (CKD) bermula akhir tahun ini.

Bercakap kepada tetamu dan media semasa pelancaran, Dr Li Chunrong berkata, pihaknya yakin Rancon Holdings adalah rakan kongsi yang sempurna untuk Proton berjaya di Bangladesh.

Mereka sudah pun menubuhkan rangkaian jualan dan selepas jualan dan akan melabur untuk membina barisan pembuatan untuk memasang kenderaan Proton secara tempatan pada masa hadapan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Tambah beliau, Proton turut menyasarkan untuk menjadi tiga jenama teratas di Bangladesh dalam tempoh tiga tahun.

Komponen penting untuk Proton mencapai sasaran tingginya di Bangladesh ialah penubuhan barisan pemasangan.

Selain daripada membolehkan produknya layak untuk kadar cukai yang lebih rendah, kilang baharu juga menggalakkan pembangunan pekerja tempatan mahir di samping membangkitkan ekosistem vendor melalui pemindahan teknologi.

Operasi disasarkan bermula seawal 2024, dengan piawaian pengeluaran yang ketat dikuatkuasakan bagi memastikan output sepadan dengan kualiti kenderaan yang dibina di Tanjung Malim.

Dr Li Chunrong berkata, pihaknya bersandarkan kepada pengalamannya menggunakan Volvo Global Quality Standard, yang telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti produk mereka, setanding dengan kenderaan yang dibina di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply