PROTON Xtravaganza kini kembali! Program ini bertujuan untuk memberikan orang ramai peluang untuk mendapatkan model-model kereta Proton bermula dari model terbaharu seperti Suprima S, Prevé dan beberapa model lain seperti Saga, Persona, Satria Neo, Exora dan Inspira dengan harga yang sangat menarik.
Program Xtravaganza ini akan berlangsung selama 6 hari bermula dari 24 Mei hingga 31 Mei 2014. Orang ramai dijemput mengunjungi bilik-bilik pameran PROTON di seluruh negara untuk mendapatkan diskaun-diskaun menarik bagi bulan Mei ini seperti rebat sehingga RM 5000 dan servis percuma selama 3 tahun serta bayaran bulanan serendah RM 353 bagi model-model terpilih.
Selain daripada diskaun-diskaun yang hebat, PROTON juga menyediakan pakej kewangan khas “Ambil Dahulu Bayar Kemudian” selain kadar faedah rendah apabila anda membeli kereta sepanjang berlangsungnya program ini.
* Jangan tunggu lagi, ni la peluang nak dapat diskaun yang hebat!
Haha. Teringat masa ambik exora tahun lepas. Ambik bulan november, takde apa2 promosi atau diskaun atau rebat. Kereta dh kuar, dh jln sana-sini tup-tup krismas bulan 12 ada plak promosi. Dia bg diskaun 3k utk exora. Huhuhu. 3k tu dh boleh tukar rim vossen 17 inci tu. Hahaha. Yg nk beli kereta elok la sambar peluang yg ada. Bukan semua org boleh dpt. Rezeki tuhan nk bagi tu…
Biasalah hujung tahun dengan awal tahun nak habiskan stok punya pasal. Biasanya yang diskaun sampai RM5k tu stok lama tahun sebelum, kereta tahun 2013 yang nak jual 2014 memanglah murah. Market value pun dah kurang 10%.
celah mane yer awal tahun..ni da tgh tahun
Mcm nagoya sale lah,,masih cantik dan berguna,,
SYARIKAT automotif negara, Proton Holdings Bhd, bakal bekerjasama dengan pengeluar kereta dari China, Geely Automobile Holdings Ltd, untuk meluaskan pasaran di negara tembok besar itu.
Najib berkata jika perjanjian antara Proton dan Geely dimeterai, pengeluar kereta Malaysia itu bakal mengeluarkan kereta berdasarkan reka bentuk model Geely.
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/proton-bakal-kerjasama-dengan-geely-automobile-1.285207
Haha…Lepas ni kereta Proton next generation teknologi China.
this for tun mahathir to read through.
http://auto.howstuffworks.com/under-the-hood/trends-innovations/car-ergonomics.htm