ARKIB

KATEGORI

Buletin

Prototaip Café Racer rekaan MIMOS ID dengan kolaborasi universiti tempatan sedang dibangunkan

Views
Cafe-racer Concept

Nama Saharudin Busri atau Wak tidak perlu diperkenalkan lagi kerana beliau merupakan antara perekabetuk industri terbaik negara dan laman web ini telah beberapa kali menerbitkan artikel berkaitan hasil karyanya. Artikel kali ini kami ingin kongsikan foto acah rekaan terbaharu beliau bersama Jabatan Rekabentuk Industri MIMOS (MIMOS ID) yang merupakan sebuah model konsep Café Racer.

Projek ini merupakan latihan aktiviti rekabentuk dan juga untuk mempromosikan kepakaran pasukan MIMOS ID dalam bidang rekaan motosikal. Pemilihan motosikal berkonsepkan Café Racer telah dipilih kerana ia mempunyai peminat yang agak ramai di Malaysia selain kewujudan banyak pembina motosikal binaan khas (custom) di negara ini.

BACA >> Kenali Saharudin Busri – Pencetus ilham rekabentuk Suprima-X

Rekabentuk ini diadaptasikan daripada gaya Café Racer moden dengan unsur rekaan retro pada perincian dan komponen tertentu. Motosikal ini juga diinspirasikan daripada rekabentuk jam tangan yang telah dibuat oleh beliau sebelum ini yang dikenali dengan nama “Wak2”. Untuk pengetahuan anda semua, pasukan MIMOS ID kini sedang bekerjasama dengan syarikat pengeluar motosikal tempatan untuk membangunkan sebuah skuter elektrik.

Ketika ini projek tersebut berada di fasa pembangunan prototaip dan rekabentuknya telah pun diluluskan. Ia merupakan projek motosikal MIMOS ID yang pertama pada tahun 2017. Seterusnya projek motosikal yang kedua merupakan kerjasama dengan sebuah universiti tempatan untuk membangunkan model konsep Café Racer dengan kapasiti 250cc. Universiti tersebut telah pun menyiapkan prototaip yang boleh bergerak dan pasukan MIMOS ID pula ditugaskan untuk membangunkan rekabentuk dengan gaya rekaan yang moden dan sporty.

Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply