ARKIB

KATEGORI

Buletin

Provokasi di lokasi kemalangan punca seorang lelaki maut – Suspek kini direman

Tular

Views

Semalam tular satu video yang memaparkan kejadian kemalangan Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran susur keluar Bangi yang berpunca daripada pergaduhan hingga mengakibatkan kematian seorang lelaki. Kes ini telah menarik perhatian warganet yang mengundang pelbagai kecaman kepada suspek.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku berpunca daripada kemalangan kecil antara mangsa dan suspek berusia 40 tahun selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Kereta milik mangsa berusia 29 tahun itu dikatakan telah melanggar bahagian belakang kereta suspek menyebabkan berlaku kejar mengejar dan cabar mencabar sehingga kenderaan mereka berhenti selepas persimpangan Bandar Baru Bangi. Kemudian berlaku pergaduhan antara suspek dan mangsa menyebabkan beberapa pemandu lain turut berhenti dan menenangkan mereka sebelum kembali ke kereta masing-masing.

Namun mangsa yang tidak berpuas hati kemudian bertindak keluar dari keretanya dengan membawa sebatang kayu besbol dan terus menghentak bahagian hadapan kereta suspek. Dalam keadaan tergesa-gesa suspek terus memandu kereta ke hadapan dan melanggar mangsa, menyebabkannya tersepit di antara kereta suspek dan penghadang jalan.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Nilai Medical Centre dan telah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Ekoran kejadian itu, polis menahan suspek serta isterinya berusia 36 tahun untuk membantu siasatan. Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kedua-duanya akan direman sehingga tujuh hari bermula hari ini hingga 17 Ogos untuk siasatan lanjut. Fadzil berkata, kejadian ini adalah berpunca daripada isu kemalangan jalan raya dan tiada kena mengena dengan isu perkauman seperti ditularkan.

Kami berharap agar kes ini diadili dengan sebaiknya. Kenapa sampai ada nyawa yang melayang sebab masing-masing tidak mahu bertolak ansur? Negara kita ini tiada undang-undang ke?

Video yang dirakam saksi kejadian yang tular di media sosial. Kredit Amazing Nara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply