ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geng samun Y Suku milik penghantar Grab Food ‘jadi geng’ di Penjara Kajang – Salah seorang kini diberkas

Tular

Views

Ini satu lagi kisah tular yang membuatkan warganet ‘menyirap’. Harian Metro melaporkan, salah seorang daripada dua lelaki yang cuba menyamun motosikal Yamaha Y15ZR (Y Suku) milik penghantar makanan Grab Food di Phileo Damansara, Petaling Jaya, 9 Ogos lalu telah berjaya dicekup pihak polis.

Suspek berusia 33 tahun telah ditahan di kawasan Apartmen di Taman Kepong jam 4.45 petang semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek mengaku terbabit dalam kes itu bersama seorang lagi rakannya setelah disoal siasat .

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Polis turut merampas beberapa barang lain daripada suspek seperti batang kunci motosikal jenama Solcar, topi keledar serta motosikal Yamaha 125 yang dipercayai diguna ketika cubaan samun berkenaan. Setelah ditahan dan kawad cam dijalankan, mangsa telah mengenal pasti suspek sebagai individu dalam kejadian berkenaan.

Selain itu, semakan juga mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan curi kenderaan bermotor, mencuri dan memiliki barang curi mengikut Seksyen 379A, Seksyen 379 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Suspek turut direman selama enam hari bermula semalam hingga Khamis. Polis kini sedang memburu seorang lagi suspek yang sudah pun dikenal pasti. Kedua-dua mereka telah mengenali antara satu sama lain ketika berada di Penjara Kajang pada 2010.

Pada jam 2.53 petang 9 Ogos lalu, penghantar makanan Grab Food cedera selepas bergelut dengan dua penjenayah yang cuba menyamun Yamaha Y15ZR milik mangsa berhampiran Phileo Damansara. Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan di Phileo Damansara 2.

Mangsa telah dihampiri suspek yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z dan salah seorang suspek mengarahkan mangsa turun dari motosikal. Suspek mengatakan motosikal yang dinaiki mangsa adalah motosikal curi dan cuba mengambilnya. Mereka kemudiannya bergelut sebelum kedua-dua suspek melarikan diri apabila mangsa melawan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply