WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) baru-baru ini telah merasmikan pembukaan pusat pengedaran terbaharunya, iaitu Pusat 3S GAC Melaka yang dikendalikan oleh Waritan Automobile Sdn Bhd.
Pusat 3S ini akan menempatkan jenama GAC Motor dan AION di bawah satu bumbung, dengan elemen identiti penjenamaan tersendiri untuk mempamerkan visi penyelesaian mobiliti masa depan yang diilhamkan oleh Slogan Jenama “Where Craft Meets Technology“.
Pembukaan GAC Melaka ini telah memperkukuhkan lagi liputan rangkaian GAC dan AION di wilayah selatan serta menyediakan sokongan selepas jualan yang kukuh kepada jumlah pemilik kenderaan GAC dan AION yang semakin meningkat.
Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd., Tan Keng Meng berkata, pembukaan pusat 3S ini adalah langkah penting untuk melengkapkan liputan di rangkaian di wilayah selatan.
GAC Motor Melaka terletak di lokasi strategik dalam bandar Melaka untuk akses yang mudah, dengan ruang pameran seluas 443 meter persegi dan ruang penerimaan servis serta 4 ruang bengkel seluas 335 meter persegi.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Pusat pameran ini beroperasi tujuh hari seminggu. Berikut adalah waktu operasi Pusat 3S GAC Melaka:
- Isnin – Jumaat: 9:00 pagi hingga 7:00 malam,
- Sabtu: 9:00 pagi hingga 6:00 petang
- Ahad dan Cuti Umum: 9:00 pagi hingga 5:00 petang
Pusat Servis pula beroperasi dari 8:30 pagi hingga 5:00 petang pada Isnin hingga Sabtu, dan ditutup pada Ahad serta Cuti Umum.
Ruang pameran ini turut menyediakan lounge yang luas, ruang kerja dengan akses wifi untuk pelanggan dan pelbagai pilihan makanan dan minuman yang disediakan di kaunter jamu selera.
Untuk memperingati kejayaan projek CKD pertama GAC, WTCA telah melancarkan kempen “Rev Up with EMZOOM” yang berlangsung sehingga 31 Disember 2024.
Dalam kempen ini, pelanggan boleh menikmati Rev Up Deals dengan rebat tunai sebanyak RM5,000 untuk varian Exclusive dan RM7,000 untuk varian Premium R.
Harga promosi bermula dari RM111,800 untuk GS3 EMZOOM Exclusive dan RM119,800 untuk GS3 EMZOOM Premium R.
WTCA juga menawarkan pilihan Pakej Bernilai Tinggi yang merangkumi Perkhidmatan Penyelenggaraan Percuma dan Kunci Jam Pintar bernilai RM1,388 sebagai alternatif kepada rebat tunai yang lebih rendah.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
GAC GS3 EMZOOM dikuasakan oleh enjin turbocas empat silinder 1.5-liter yang menghasilkan 177PS pada 5,500rpm dan 270Nm daya kilas dari 1,400rpm hingga 4,500rpm.
Kuasa ini disalurkan melalui transmisi cekam berkembar basah tujuh kelajuan (7WDCT), membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.0 saat.
Prestasi ini digabungkan dengan penjimatan bahan api cekap tenaga (EEV) dengan penggunaan purata hanya 5.9 liter setiap 100km.
GS3 EMZOOM varian Standard ditawarkan dengan dua pilihan warna, iaitu Frost White dan Asphalt Black.
Varian Exclusive ditambah pilihan warna Salt Lake Blue dan Superstar Silver, manakala Premium R ditawarkan dengan warna eksklusif Graphite Grey serta kemasan luar sporty berwarna jingga.
Warna Asphalt Black dan Graphite Grey adalah eksklusif untuk model CKD di Malaysia dan tidak ditawarkan di pasaran lain. Semua varian GS3 EMZOOM 2024 didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 km.
2,000 pelanggan pertama akan menikmati perlindungan tambahan berupa jaminan enjin dan transmisi selama tujuh tahun atau 180,000 km, tertakluk kepada terma dan syarat.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI