ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aplikasi ‘MYTV Mana-Mana’ kini tersedia untuk Proton X70 2025

Berita Tempatan

Views

Perkhidmatan aplikasi penstriman kandungan MYTV Mana-Mana kini diperluaskan kepada Infotainment Head Unit (IHU) bagi kenderaan Proton Siri X.

Menteri Komunikasi, Proto berkata, kemudahan yang merupakan hasil kerjasama MYTV, Aco Tech dan Proton ini mencatatkan satu lagi sejarah dalam industri penyiaran negara dengan menyediakan akses mudah alih kepada siaran TV Digital MYTV melalui pelbagai peranti digital kepada rakyat.

Beliau berkata, inisiatif baharu MYTV itu memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi penyiaran negara, dengan capaian MYTV di platform terrestrial DTT kini mencecah 7.5 juta penonton.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

“Seperti peralihan daripada cakera padat (CD) ke muzik digital, IHU adalah langkah seterusnya yang bakal menggantikan kaedah penerimaan siaran radio FM melalui radio frekuensi.

“Bagi mempelbagaikan perkhidmatan penyiarannya, MYTV kini maju selangkah dengan memperkenalkan perkhidmatan MYTV Mana-Mana menerusi IHU dalam kereta Proton X series, bermula dengan Proton X70,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran Aplikasi MYTV Mana-Mana di IHU Proton di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MYTV Broadcasting Mohamad Helmi Harith; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah dan Ketua Pemasaran ACO Tech Sdn. Bhd, Allysha Juin.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Fahmi berkata, sebelum ini MYTV telah memperkenalkan platform MYTV Mana-Mana dalam kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), yang menawarkan pengalaman baharu kepada penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) di koc kelas perniagaan untuk mengakses siaran TV Digital MYTV secara mudah alih.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran, Fahmi berkata,a terdapat kewajaran untuk memperluaskan aplikasi itu termasuk untuk pengguna di dalam pesawat.

“Saya akan cadangan perkara ini supaya pihak MYTV memulakan perbincangan dengan pihak syarikat penerbangan. Saya lihat ada kewajaran untuk memanfaatkannya,” katanya.

Beliau berkata, pihak MYTV dan Radio Komersial Malaysia (CRM) akan mengaturkan perbincangan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk membincangkan penyediaan aplikasi ini dalam IHU kenderaan, termasuk kenderaan elektrik (EV). – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Fahmi Fadzil

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply