ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S GWM Setia Alam kini dibuka

Berita Tempatan

Views

Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengumumkan pembukaan Pusat 3S terbaharunya yang terletak di Setia Alam. Fasiliti yang berkeluasan lebih dari 6000 kps ini akan menyediakan khidmat Jualan, Servis, dan Alat Ganti.

Ia terdiri daripada sebuah bilik pameran, ruang tunggu pelanggan, dan empat ruang servis yang dikendalikan oleh pasukan juruteknik GWM yang dilatih secara profesional.

Pusat servis ini mampu menyediakan perkhidmatan selepas jualan dan keperluan penyelenggaraan untuk sehingga 800 kenderaan sebulan, merangkumi pelbagai jenama GWM, termasuk Haval, ORA, dan Cannon.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui An Qi berkata, menerusi kemudahan canggih ini, pihaknya mahu meningkatkan kepuasan pelanggan dan mengukuhkan reputasi mereka untuk kualiti dan kebolehpercayaan.

Selain daripada peningkatan rangkaian GWM Malaysia, jenama ini secara beransur-ansur memperkenalkan produk baharu ke pasaran Malaysia.

GWM ORA 07 bakal dilancarkan secara rasmi pada 3 April nanti. Kereta coupe elektrik ini kini sedang dipertontonkan dan boleh dipandu uji di bilik pameran GWM di seluruh Malaysia.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

GWM Malaysia menawarkan penyelenggaraan PERCUMA sehingga 5 tahun atau 75,000 km (mana-mana yang lebih awal) untuk pelanggan yang telah membuat pra-pesanan sebelum tarikh pelancarannya.

Jangan lepaskan peluang ini dan daftarkan minat anda sekarang di SINI!

Waktu operasi GWM Setia Alam:

Alamat: No. 5-1, Setia Avenue, 2, Jln Setia Prima S U13/S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Bilik pameran: Isnin hingga Ahad | 9 pagi hingga 6 petang (kecuali Cuti Umum)
Pusat Servis: Isnin hingga Sabtu | 8 pagi hingga 5.30 petang (ditutup pada Ahad dan Cuti Umum)

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply