ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S Keningau dibuka secara rasmi

Views

Honda Malaysia baru-baru ini telah merasmikan pembukaan Pusat 3S yang terletak di Keningau, Sabah yang dimiliki oleh Vermillion Autohaus Sdn. Bhd. Dengan pelaburan sebanyak RM2.5 juta, ia merangkumi kawasan bangunan dengan keluasan 5,000 kaki persegi  Pusat 3S Honda Vermillion Autohaus dilengkapi dengan empat ruang servis yang mampu mengedalikan sehingga 30 buah kereta sehari.

Ruang servis ini merangkumi dua ruang servis pantas, satu untuk pembaikan am dan satu lagi untuk servis tayar. Vermillion Autohaus turut dilengkapi dengan lounge pelanggan, kaunter CafŽ dengan pelbagai aneka snek dan minuman percuma, surau dan sudut KidsÕ. Selain itu, ia trut dilengkapi dengan Wi-Fi percuma, tempat mencuci kereta serta perkhidmatan untuk pembaharuan cukai jalan dan perlindungan insurans.

Pembukaan Pusat 3S Honda Vermillion Autohaus ini dijangka dapat menampung pertambahan kenderaan Honda di Timur Malaysia, khususnya di Sabah. Honda Malaysia telah merekodkan prestasti yang mengagumkan pada 2017 dengan jualan lebih 87,800 unit kenderaan dari Januari hingga Oktober 2017.

Dari segi jumlah jualan, Timur Malaysia menyumbang lebih 6,000 unit dari jumlah jualan keseluruhan. Bermula dari Januari hingga Oktober 2017, Sabah menyumbang lebih dari  2,000 unit jualan, meningkat 55 peratus berbanding 2016. Rekod menunjukkan model BR-V merupakan model paling laris dalam tempoh tersebut di Timur Malaysia.

Rantau  Timur Malaysia turut mencatatkan peningkatan dalam kemasukan servis, meningkat kepada 53,800 unit dari bulan Januari hingga Oktober 2017 berbanding hanya 46,800 unit pada tempoh sama tahun lalu. Untuk membuat temujanji atau mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan dan fasiliti Pusat 3S Honda baharu ini, hubungi Vermillion Autohaus di talian 087-3339 39 atau terus mengunjungi mereka di alamat, Miles, Jalan Keningau-Tenom, Kampung Pampang, 89008 Keningau, Sabah atau layari laman sesawang www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply