ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Techno-Seat’ ciptaan UiTM muncul juara keseluruhan Perodua Eco Challenge 2017

Views

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah diumumkan sebagai juara keseluruhan Perodua Eco Challenge 2017 menerusi inovasi ciptaan mereka yang merupakan prototaip ‘Techno-Seat’. Ia menampilkan petak penyimpanan tersembunyi yang dibina di belakang kerusi penumpang yang disertakan dengan engsel selang. Petak tersebut dilengkapi dengan pencahayaan LED apabila dibuka, port pengecasan USB dan poket penyimpanan.

Ciptaan UiTM ini telah berjaya mengetepikan sembilan lagi institusi pengajian tinggi yang lain termasuklah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Politeknik Ungku Omar (PUO), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) and Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Selain menjadi juara kategorikeseluruhan, UiTM turut memenangi dua lagi kategori, pembangunan komponen dan pemasaran produk. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata, pertandingan ini berjaya membuktikan kebijaksanaan pelajar tempatan, kerana mereka telah berjaya menghasilkan sesuatu yang agak menarik dari segi fungsi dan reka bentuk dengan bajet yang terhad, kurang dari RM15,000.

 Berikut adalah senarai pemenang Perodua Eco Challenge 2017

KategoriHadiahInstitusiKomponen
KeseluruhanPertama – RM20,000Universiti Teknologi MARA (UiTM)Techno-seat
Kedua – RM12,000Universiti Teknologi Petronas (UTP)Sistem Penyejuk ruang dalaman kenderaan
Ketiga – RM8,000Politeknik Ungku Omar (PUO)Perodua Ultimate Organiser
Pembangunan KomponenPertama – RM10,000Universiti Teknologi MARA (UiTM)Techno-seat
Kedua – RM8,000Universiti Malaya (UM)Kipas Pintar
Ketiga – RM6,000Politeknik Ungku Omar (PUO)Perodua Ultimate Organiser
Pemasaran ProdukPertama – RM7,000Universiti Teknologi MARA (UiTM)Techno-seat
Kedua – RM5,000Universiti Teknologi Petronas (UTP)Sistem Penyejuk ruang dalaman kenderaan
Ketiga– RM3,000Universiti Malaya (UM)Kipas Pintar
Pertandingan Lakaran RekabentukPertama – RM2,000Universiti Teknologi Petronas (UTP)Lakaran rekabentuk Kereta Eco– pemenang telah diumumkan pada bulan Jun
Kedua – RM1,500Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Ketiga – RM1,000Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Datuk (Dr) Aminar menambah, rekaan mereka bakal dipertimbangkan untuk kajian bersama vendor tempatan dan bakal digunakan pada model Perodua pada masa akan datang. Perodua Eco Challenge telah bermula sejak 2009, yang memberi peluang kepada pelajar dan ahli fakulti dari institusi pengajian tinggi tempatan peluang untuk mempamerkan kreativiti dari segi rekabentuk, kejuruteraan dan kehebatan perniagaan.

Tahun ini pertandingan telah beralih tumpuan daripada merekabentuk semula model sedia ada Perodua kepada pembangunan komponen kenderaan dan aksesori. Pasukan yang bertanding perlu mengeluarkan aksesori bahagian kereta yang memenuhi unsur ECO (Environment, Creativity and Originality).

Sejak awal tahun ini, 10 institusi telah bekerja dengan rapat bersama pasukan Penyelidikan dan Pembangunan Perodua, mentor dan vendor untuk mengeluarkan bahagian prototaip dan komponen dengan fokus kepada proses pembangunan bahagian. Dalam tempoh tersebut, pasukan telah dilatih oleh mentor dari Perodua yang memberi pendedahan kepada mereka ke amalan industriyang sebenar seperti perancangan projek, penjadualan, kos pengeluaran besar-besaran, trend pasaran, faktor reka bentuk penting dan banyak lagi, suatu pengalaman yang tidak akan dapat dilalui semasa di dalam bilik kuliah.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply