ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S Tata di Bidor, Perak dirasmikan

Views

Pusat 3S terbaharu Tata yang terletak di Bidor, Perak milik RS Super Truck & Bus Sdn. Bhd, anak syarikat milik penuh S.R. Automobile Centre Sdn Bhd, telah dibuka secara rasmi. RS Super Truck & Bus telah dilantik oleh DRB-HICOM Commercial Vehicles Sdn Bhd (DHCV) sebagai pengedar sah 3S Tata sejak Disember 2016. Pusat baharu yang terletak secara strategik di Bidor ini mempunyai bilik pameran yang luas dan boleh mempamerkan sehingga enam buah kenderaan Tata pada satu masa.

Model semasa yang dipamerkan ialah Tata Xenon Double & Single Cab Pick-up, Ultra 512 (GVW: 5,000kg), Ultra 1012 (GVW: 10,400kg), Prima 4×2 dan Prime Mover 6×4. RS Super Truck & Bus kini menjadi pusat 3S sepenuhnya yang akan menawarkan operasi jualan, servis dan alat ganti.Pusat perkhidmatan ini dilengkapi dengan peralatan diagnostik Tata Motors yang terkini dan semua alat khusus yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan penyelenggaraan lengkap dan komprehensif serta membaik pulih kenderaan.

RS Super Truck & Bus juga merancang untuk membuka satu lagi Pusat Jualan (1S) di Bukit Tengah, Pulau Pinang pada awal tahun 2018 sebagai sebahagian daripada rancangan mereka untuk memasarkan produk Tata secara agresif di wilayah utara. Tahun lepas, Tata menduduki tempat ke-10 daripada 28 pembekal kenderaan komersial di Malaysia, dan menyumbang sejumlah 571 unit atau 1.0 peratus jumlah keseluruhan kenderaan komersial (TIV) yang berjumlah 65,579 unit.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply