ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 4S Proton terbesar di Malaysia dirasmikan

Berita Tempatan

Views

Pusat 4S Proton terbesar di Malaysia yang dimiliki oleh Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd, (Fook Loi) telah dibuka secara rasmi hari ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal bersama Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, barisan Pengarah Fook Loi dan ahli pengurusan kanan Proton.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Fook Loi Thomas Chiu Kui Yin,  mereka telah melihat banyak peningkatan sejak penjanjian antara Proton-Geely pada Oktober 2017, dan ini membuatkan mereka mengambil keputusan untuk menjadi pengedar jenama tersebut kerana yakin dengan potensinya di negeri Sabah.

Tambahnya lagi, rangkaian model Proton sedia ada sangat berdaya saing dan mempunyai teknologi yang canggih serta dilengkapi ciri-ciri yang mampu menarik minat generasi pembeli kereta baharu. Dalam usaha menjenamakan semula syarikat, Proton perlu menyediakan cawangan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna.

JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan

Setiap cawangan mestilah mempunyai keluasan yang besar, selesa dengan persekitaran yang menarik dan dilengkapi kemudahan seperti WiFi percuma, ruang kanak-kanak, ruang parkir yang luas dan ruang minuman, untuk memastikan pelanggan berpuas hati. Selain itu, kakitangan jualan dan servis yang terlatih juga disediakan agar dapat memberikan pengalaman pelanggan berkualiti tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong berkata, walaupun syarat-syarat yang diberi nampak mudah, tetapi ia sangat penting. Pelbagai langkah telah diambil bagi memastikan pengalaman yang terbaik secara menyeluruh. Usaha-usaha ini telah menampakkan hasil dan jualan syarikat kini semakin meningkat dan melalui pengenalan produk-produk baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November
JOM BACA >> PANAS : Risalah Perodua Axia facelift 2019 tertiris! Bakal dilengkapi dengan A.S.A 2.0
JOM BACA >> Ini mungkin gambaran Saga 2019 versi hatchback dan ute, jika Proton mahu menghasilkannya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply