ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rangkuman intipati Bajet 2022 untuk sektor automotif

Berita Tempatan

Views

Petang tadi berlangsungnya pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen. Kami rangkumkan beberapa intipati penting Bajet 2022 untuk sektor automotif.

Berikut adalah rangkumannya:

  • Pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kenderaan bagi kenderaan penumpang, termasuk MPV dan juga SUV dilanjutkan sehingga 30 Jun 2022.
  • Program Baucar Perlindungan Tenang – Golongan B40 layak untuk menerima baucar RM50 ini sebagai bantuan kewangan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal bawah 150 cc bermula 1 Januari 2022.

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

  • Kos bayaran Lesen Kenderaan Motor untuk semua kenderaan persendirian milik golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan bermula tahun depan.
  • Subsidi 50 peratus atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak untuk golongan B40. RM30 juta telah diperuntukkan untuk tujuan ini dan bakal memberi manfaat kepada lebih 188 ribu keluarga dari golongan tersebut.
  • Subsidi RM209 juta untuk perkhidmatan pengangkutan udara di Sabah dan Sarawak.
  • Inisiatif Pas MyRail5 untuk murid sekolah akan diteruskan.
  • Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti dengan peruntukkan bernilai RM80 juta dan ini akan memberi manfaat kepada syarikat pengendali bas henti-henti.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

  • Dana sebanyak RM115 juta juga disediakan bagi pas perjalanan bas dan rel tanpa had dengan harga RM50 sebulan untuk pengguna di Lembah Klang.
  • Pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).
  • Pengecualian cukai jalan sehingga 100 peratus akan diberikan kepada model EV.
  • Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan, dan sewa beli kemudahan, serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV.
  • Geran padanan bernilai RM12 juta melalui Collaborative Research in Engineering, Science & Technology dalam bidang seperti gallium nitride untuk diaplikasikan pada kenderaan elektrik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hishammuddin Hussein

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply