ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

IMPRESI ARTIS: Proton C70 – S70 versi coupe hatchback, tapi nama macam kapchai ‘legend’!

Impresi Artis

Views


Tu dia! Sebenarnya memang gaya reka bentuk Proton S70 memang ‘versatil’ dan sesuai untuk di’cambah’kan kepada beberapa varian atau model dengan bentuk badan yang berbeza.

Kali ini sahabat kami yang juga pakar dalam manipulasi digital, Theophilus Chin@Theottle cuba untuk menggambarkan versi coupe hatchback Proton S70 yang diberi nama Proton C70.

Walaupun namanya agak melucukan kerana ia sama macam kapchai ‘legendHonda C70, namun hasil karya Theottle agak unik dan mengujakan.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Katanya, idea rekaan ini mengambil inspirasi daripada Proton Wira yang popular suatu ketika dahulu. Model tersebut telah dipelbagaikan kepada beberapa varian dan model.

Antara model-model tersebut termasuklah Satria dan juga Putra. Menurut Theo, Proton C70 merupakan ‘pengganti spiritual’ kepada kedua-dua model tersebut.

Theo menggunakan Audi Quattro Concept 2010 sebagai asas rekaan Proton C70 dan menyuntik beberapa elemen rekaan Proton S70 pada model tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Hasilnya, sebuah coupe hatchback yang seakan model ikonik Volkswagen Scirocco yang boleh menggantikan Satria dan Putra sekali gus.

Sebelum ini, Theo telah menghasilkan beberapa versi Proton S70 dengan gaya bentuk badan berbeza, antaranya GT, Hatchback dan Wagon.

Apa pendapat anda mengenai Proton C70 versi Theo ini? Anda boleh menonton video di sebalik tabir pembikinannya di atas.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply