ARKIB

KATEGORI

Tular

Remaja melambung ke atas bumbung, motosikal dirempuh Honda Civic dipandu lelaki positif dadah

Tular

Views

Seorang remaja ‘mendarat’ di atas bumbung bengkel kenderaan selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Pak Badol di Bachok, hari ini.

Berita Harian melaporkan, dalam kejadian jam 11 pagi tadi, Wan Mohamad Sabaruddin Wan Zakaria, 19 melambung lebih tiga meter apabila motosikal ditunggangi bertembung dengan sebuah kereta Honda Civic.

Ketika kejadian, pemilik bengkel, Abdul Sukri Mohamad, 59, sedang membaiki kereta sebelum terdengar dentuman dan melihat sebuah kereta serta motosikal terbabas di pagar rumahnya.

Katanya, penduduk yang memeriksa kedua-dua kenderaan itu hanya menemui pemandu kereta manakala penunggang motosikal tidak kelihatan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Tambahnya, mereka tercari-cari pemandu motosikal di sekitar kawasan kemalangan dan hairan kerana tidak menemui mangsa.

Beberapa minit kemudian, ada bunyi orang bergerak di atas bumbung bengkel dan barulah mereka menyedari mangsa tercampak ke atas.

Berikutan ketinggian bumbung, penduduk segera menghubungi Agensi Pertahanan Awam (APM) dan bomba untuk mengalihkan mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba, Yus Heary Mahmud, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 11.32 pagi.

Katanya, tujuh anggota bersama 11 anggota agensi penyelamat seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), APM dan Kementerian Kesihatan (KKM) terbabit dalam tugas menyelamat mangsa kemalangan. Pihaknya mengambil masa 10 minit untuk menurunkan mangsa.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata kereta Honda Civic dipandu lelaki berusia 36 dari Melor dipercayai cuba memintas sebuah Kancil di depannya sebelum bertembung motosikal mangsa dari arah bertentangan.

Kejadian menyebabkan penunggang motosikal melambung ke atas bumbung dari jarak lima meter manakala kereta merempuh pagar bengkel.

Kemalangan turut membongkar kegiatan jenayah apabila polis menemui dadah jenis heroin seberat tiga gram dan 102 biji pil kuda dalam kereta berkenaan. Rampasan bernilai RM3,020 manakala pemandu kereta turut ditahan polis.

Ujian air kencing turut mendapati mangsa positif Methamphetamine dan mempunyai tujuh rekod jenayah berkaitan dadah.

Kes kemalangan disiasat mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala kes dadah disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply