Akaun Facebook rasmi myTukar menerusi satu hantaran yang disiarkan malam ini (29 Februari 2024) mengutuskan surat terbuka kepada Carsome berhubung dengan kempen akan datang pesaingnya itu, di mana ‘ulasan 5 bintang‘ berpeluang memenangi ‘hadiah menarik‘ seperti iPhone 15 Pro‘.
Surat yang ditujukan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Carsome Sdn. Bhd., Eric Cheng itu adalah seperti berikut:
Kepada En. Cheng:
Suara pelanggan adalah sangat penting. ltulah sebabnya kami percaya bahawa kata-kata mereka menentukan segalanya tentang pengalaman mereka dengan kami – tak kira baik atau buruk, malah yang biasa-biasa juga.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
‘Review’ 5 bintang memberikan kami semangat untuk meneruskan kerja dengan cemerlang, dan sebarang ‘review’ negatif pula membolehkan kami menyelesaikan isu tersebut untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.
Kami telah lama memerhatikan aktiviti kempen pemasaran Carsome yang memberikan ganjaran dan insentif untuk ‘review’ 5 bintang, termasuk hadiah untuk memberikan ‘review’ 5 bintang dan ‘review’ 5 bintang dengan jumlah ‘Like’ paling tinggi.
Pemberian ganjaran dan insentif untuk ‘review’ 5 bintang bukan sahaja akan merosakkan keyakinan pelanggan pada jangka masa panjang, bahkan juga akan menimbulkan keraguan terhadap seluruh industri kereta terpakai di Malaysia. Kami telah lama bertoleransi dengan perkara ini dan kini menyeru kepada Carsome untuk menghentikan aktiviti sebegini.
Ketua Pegawai Pemasaran Carsome, Ravi Shankar telah menulis di LinkedIn pada 29 Februari: Banyak jenama & perniagaan mahu dianggap sebagai “boleh dipercayai”.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Tetapi mereka tidak memberikan apa-apa sebab khusus yang berbeza daripada pesaing untuk mempercayai mereka. Mereka perlu menyerlah menerusi kisah unik yang menjangkau lebih daripada sekadar menjerit, “Percayakan kami.”
Walaupun kami bersetuju dengan beliau, kami juga masih tertanya-tanya kerana pemberian insentif untuk ‘review’ 5 bintang adalah bertentangan secara langsung dengan kenyataannya. Para pelanggan seharusnya boleh mempercayai ‘review’ pelanggan lain tanpa perlu meragui sama ada ‘review’ tersebut telah dibayar.
Persaingan dalam industri merupakan sesuatu yang penting – ia mendorong kami untuk meningkatkan produk, perkhidmatan, don inovasi kami.
Walau bagaimanapun, sebagai contoh teladan dan peneraju dalam industri kereta terpakai Malaysia, kami dengan tegas menggesa pihak anda untuk membaiki kesilapan ini, dan untuk menyokong komitmen kami untuk mewujudkan keadaan yang penuh dengan ketelusan dan kejujuran untuk semua pembeli dan penjual kereta terpakai.
Yang benar, myTukar
Kita tunggu apa ‘reaksi balas’ dari pihak Carsome pula nanti.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI