ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rempuh penunggang motosikal berteduh bawah jejambat, pemandu lori direman

Berita Tempatan

Views

Pemandu lori yang merempuh dua penunggang motosikal hingga maut di bawah jejambat di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) semalam, direman tiga hari bermula hari ini.

Menurut Harian Metro, perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurul Ainna Ahmad terhadap suspek berusia 28 tahun bagi siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu suspek yang berbaju-T dan berseluar hitam tiba di Kompleks Mahkamah Sungai Petani dalam keadaan tangan bergari pada jam 10.10 pagi sambil diiringi anggota polis.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Suspek dilihat menundukkan kepalanya dan mengelak wajahnya dirakam petugas media yang menunggu di luar mahkamah. Dalam kejadian jam 2.40 petang semalam, dua penunggang motosikal meninggal dunia selepas dirempuh lori dipandu suspek.

Ketika itu, dua mangsa bersama beberapa penunggang motosikal lain sedang berteduh di bawah jejambat kerana hujan lebat. Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohd Amirul Ismail, 28, dan Muhammad Khairul Azwan Maula Hashim, 31.

Difahamkan, ketika kejadian pemandu lori terbabit bersama kelindannya dalam perjalanan menghantar sofa yang dipesan pelanggan secara dalam talian di Pulau Pinang.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Sebelum itu, mereka yang datang dari Kelantan baru selesai menghantar sofa kepada pelanggan di Kuala Nerang dan perjalanan ke Pulau Pinang adalah penghantaran terakhir.

Setakat ini, siasatan awal ke atas pemandu lori mendapati dia mendakwa tidak dapat melihat laluan lebuh raya berikutan cuaca hujan dan keadaan gelap.

Ketika kejadian itu juga, kelindan lori yang menemani pemandu terbabit dikatakan sedang tidur. Bagaimanapun, sehingga kini polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply