ARKIB

KATEGORI

Buletin

RHB lancar Stesen Pengecas EVlution bersempena dengan RHB Green Week

Berita Tempatan

Views

Kumpulan Perbankan RHB (RHB), EVlution Sdn. Bhd. (EVlution) dan Mastercard, hari ini melancarkan Stesen Pengecas EVlution di Pusat RHB bersempena dengan pameran RHB Green Week yang diadakan buat julung kalinya.

Pameran yang dianjurkan dari 16 April 2024 hingga 18 April 2024 ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ekologi, menggalakkan perubahan tingkah laku positif, dan mempromosikan gaya hidup lestari.

Acara perasmian stesen pengecas ini telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook. Ia menandakan permulaan inisiatif EVlution untuk menyediakan 2,000 unit stesen pengecas EV di lokasi-lokasi strategik seluruh negara menjelang tahun 2025.

Menurut Loke, kerajaan menyokong semua inisiatif yang melengkapkan pembangunan ekosistem kenderaan hijau selaras dengan Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan RHB, Mohd Rashid Mohamad berkata, inisiatif ini adalah langkah ke arah mempromosikan penerimagunaan EV selaras dengan Dasar Pengangkutan Kebangsaan dan menyokong matlamat negara untuk mempunyai 1.5 juta EV menjelang tahun 2040.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ketua Pegawai Eksekutif EVlution, Dr Jeffrey Ong berkata, pihaknya menetapkan sasaran yang tinggi untuk memasang 100 stesen pengecas EV pertengahan pertama tahun 2024 di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Johor.

Setakat hari ini, EVlution merupakan satu-satunya Pengendali Titik Pengecas (CPO) di Malaysia yang menyediakan sistem pembayaran bersepadu yang membolehkan pengguna membayar pengecasan EV melalui aplikasi mudah alih EVlution atau menggunakan kad fizikal.

Melalui kerjasama strategik dengan RHB dan Mastercard, EVlution memperkenalkan platform pembayaran terkini yang memudahkan transaksi tanpa kesan dan memajukan penyelesaian mobiliti lestari.

Pengurus Negara, Malaysia dan Brunei, Mastercard, Beena Pothen berkata, kerjasama antara Mastercard dan EVlution mendorong kemajuan mobiliti elektrik di Malaysia.

Kumpulan Perbankan RHB terus menjadi peneraju dalam penerimagunaan EV, melalui kerjasama dengan pelbagai pemain utama seperti Volvo Car Malaysia dan Tesla Malaysia serta penyedia pengecas EV yang lain.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kumpulan itu menyediakan pembiayaan sehingga RM500,000, dan kadar yang menarik untuk EV dan kenderaan elektrik plug-in hibrid (PHEV) serta kenderaan hibrid, dari serendah 2.10 peratus setahun dan 2.20 peratus setahun.

Sehingga Disember 2023, Kumpulan itu telah menyediakan pembiayaan untuk lebih daripada 2,000 kenderaan hijau, dengan jumlah RM 325 juta, melebihi sasaran awalnya sebanyak 1,000 kenderaan hijau.

Di pameran RHB Green Week, pengunjung boleh mempelajari cara untuk memupuk kesedaran ekologi dan menimbulkan perubahan positif.

Acara ini menawarkan aktiviti, pertandingan, dan sumber pendidikan yang memberi tumpuan kepada tema penting seperti peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui, advokasi untuk pemuliharaan tenaga, dan amalan gaya hidup yang lebih sihat melalui Aplikasi Mudah Alih HR Wellness yang inovatif.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang mempelajari tentang pemuliharaan marin di bawah inisiatif Ocean Harmoni RHB dan menemui pelbagai produk dan perkhidmatan berkaitan kelestarian yang ditawarkan oleh RHB.

Kumpulan perbankan itu juga turut mengiktiraf pencapaian luar biasa beberapa pelanggan dalam kelestarian dan pelaburan dalam majlis penyampaian hadiah bagi kempen Electrify Your Trades yang menawarkan hadiah utama iaitu sebuah MINI Cooper SE.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply