ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Galaxy E5 ‘dibocorkan’ oleh portal MIIT China – Ada versi RHD, ini bakal calon EV pertama Proton ke?

Berita Global

Views

Pada awal Mac lalu, Geely Galaxy telah mengumumkan SUV elektrik tulen pertamanya yang dikenali sebagai, E5. Seperti biasa, Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT) China menjadi yang terawal mendedahkan foto sebenar model tersebut di portal rasminya.

Geely Galaxy E5 dijangka memasuki pasaran China pada bulai Mei nanti dengan julat anggaran harga bermula dari 150,000 yuan (RM 99,283) hingga 200,000 yuan (RM 132,378). E5 merupakan ahli keempat dari keluarga Geely Galaxy yang sebelum ini mempunyai tiga lagi model iaitu L7, L6, dan E8.

Menurut jenama tersebut, ilham reka bentuk Geely Galaxy E5 diinspirasikan dari alam semesta. Dilaporkan, ia bakal mempunyai dua versi iaitu model pemanduan kiri (LHD) dan pemanduan kanan (RHD) yang dibangunkan dan diuji secara serentak.

Kedua-dua versi ini juga akan dieksport ke pasaran luar negara. Diposisikan sebagai SUV padat (compact), Proton mempunyai ukuran dimensi 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar dan 1,670 mm tinggi, manakala jarak tapak rodanya pula berukuran 2,750 mm.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kuasa disalurkan menerusi motor elektrik TZ184XY101 yang dihasilkan oleh InfiMotion (无锡星驱动力科技有限公司) dengan kuasa maksimum 160 kW. Ia digandingkan bersama pek bateri litium besi fosfat yang dibekalkan oleh SVOLT Energy Technology Co., Ltd.

Walaubagaimanapun, perincian mengenai bateri dan spesifikasi jarak tidak didedahkan buat masa ini. Model SUV elektrik ini juga didatangkan dengan pilihan bampar depan, rekaan rim, radar belakang, cermin sisi kemasan hitam, lampu hadapan, logo jenama berwarna hitam, cermin hadapan dengan gaya yang berbeza, jejalur hiasan hitam pada bingkai tingkap, rak para bumbung hitam, radar hadapan dan rekaan bumbung suria.

Selain itu, ia turut ditawarkan dengan dua pilihan saiz dan profil tayar, iaitu 225/55R18 dan 235/50R19. Pada 19 Februari lalu, CEO Geely, Gan Jiayue mengumumkan bahawa Geely Galaxy merancang untuk melancarkan tiga kenderaan tenaga baharu tahun ini, termasuklah satu model plug-in hybrid dn dua model elektrik tulen.

Model plug-in hybrid itu berkemungkinan besar adalah Geely Galaxy L5 yang dijangka diperkenalkan pada suku kedua tahun ini. Pada bulan Mac, jenama tersebut berjaya menjual sebanyak 10,185 unit kenderaan, peningkatan bulan-ke-bulan sebanyak 11.7 peratus.

Ia menjadikan jualan kumulatif Geely Galaxy berjumlah 38,528 unit kenderaan bermula dari Januari hingga Mac tahun ini. Persoalan yang mula berlegar di fikiran penulis pada ketika ini, adakah Geely Galaxy E5 berpotensi sebagai calon EV pertama Proton.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ini kerana, menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, pengeluar kereta nasional itu sedang menguji jentera model EV terbabit selepas proses reka bentuk dan prototaip siap dibangunkan.

Ujar beliau, peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi reka bentuk dan prototaip sudah pun selesai dilaksanakan di China.

Proton kini sedang menguji EV serba baharu tersebut sebelum menunggu proses pengeluarannya, manakala tarikhnya pula akan dimaklumkan kemudian.

Model EV pertama yang belum dapat didedahkan itu akan memiliki versi Proton dan Geely, iaitu terdapat unit pemanduan sebelah kiri dan kanan masing-masing untuk pasaran Malaysia serta eksport.

Untuk peringkat permulaan, ia akan dipasang di China memandangkan di sana sudah ada memiliki kemudahan yang diperlukan.

Dengan inisiatif pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan bagi model EV import sepenuhnya (CBU), Proton akan memasangnya di China terlebih dahulu. Namun, dalam masa yang sama, Proton turut merancang untuk membuat pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit MIIT China

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply