ARKIB

KATEGORI

Buletin

Risiko terbakar – Hyundai, Kia tarik balik lebih 3 juta kereta di Amerika

Berita Global

Views

Pengilang kereta Korea Selatan, Hyundai dan Kia mengeluarkan arahan penarikan semula 3.3 juta kenderaan di Amerika Syarikat (AS) kerana risiko kenderaan terbakar secara tiba-tiba, kata pihak berkuasa kelmarin.

Sehingga semua kenderaan yang dipanggil semula ini dibaiki, tempat selamat adalah meletakkan kenderaan anda di luar, jauh dari kediaman dan struktur lain.

Menurut kenyataan Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), kebakaran boleh berlaku sama ada kenderaan ini diparkir dan enjinnya dimatikan, atau semasa memandu.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Kenderaan dipanggil semula itu termasuk 1.64 juta daripada Hyundai dan Genesis, melibatkan keluaran tahun 2010 hingga 2015 dan 1.73 juta kereta Kia dari 2010 hingga 2017.

Masalah berpunca daripada kerosakan sistem brek anti kunci (ABS) yang boleh bocor dan mengalirkan cecair brek, menyebabkan litar pintas dan seterusnya kebakaran.

Hyundai merancang memaklumkan pengguna supaya membawa kenderaan mereka ke pengedar terdekat untuk menggantikan fius modul ABS, manakala Kia masih mencari jalan penyelesaian.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Kedua-dua syarikat terbabit tidak menerima laporan mengenai sebarang kemalangan, kecederaan atau kematian akibat masalah tersebut.

Hyundai merekodkan 21 kebakaran kenderaan keluarannya berkaitan masalah sama di AS di samping 22 ‘insiden haba’ termasuk asap, komponen mencair atau terbakar.

Kia pula merekodkan satu kebakaran kompartmen enjin dan enam komponen mencair. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply