Laman Facebook rasmi Polis Trafik Kuantan menerusi satu hantaran ringkas hari ini memaklumkan, satu Operasi Mabuk (Op Mabuk) telah dijalankan bermula jam 10.00 malam hingga 4.00 pagi tadi di sekitar daerah Kuantan.
Operasi yang diketuai Inspektor Faizal Basri bersama enam anggota BSPTD Kuantan telah menahan 10 pemandu motokar untuk ujian saringan alkohol.
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
Hasil dari ujian tersebut, dua individu didapati memandu dibawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan. Kedua-dua suspek telah dibawa ke Balai Trafik Kuantan untuk tindakan selanjutnya.
Kes disiasat dibawah Seksyen 45A(1) APJ 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 2 tahun dan denda minimum RM10,000 maksimum RM30,000 serta hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang dari 2 tahun.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Polis Trafik Kuantan
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
KOMEN TERKINI