Syarikat perkapalan Royal Caribbean International bakal menawarkan pelayaran selama 274 hari yang merupakan pelayaran paling lama di dunia, lapor akhbar New York Post semalam.
K! ONLINE melaporkan, pelayaran yang dipanggil Ultimate World Cruise itu akan menjelajah 65 buah negara di seluruh dunia.
Tempahan bagi pelayaran itu sudah dibuka dengan pelayaran pertama dijangka bermula pada penghujung 2023.
Harga tiket bagi pakej pelayaran penuh melibatkan 150 buah lokasi termasuk lokasi yang disenaraikan sebagai ’11 keajaiban dunia’ itu dijual pada harga AS$60,999 (RM253,328) setiap seorang.
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
Pelayaran itu akan berlepas dari Miami pada 10 Disember 2023 sebelum kembali semula ke lokasi sama pada 10 September 2024.
Ketua pegawai Eksekutif Royal Caribbean, Michael Bayley dalam satu kenyataan berkata, ini merupakan pelayaran dunia paling mengagumkan.
Tambahnya, orang ramai sudah mula mengembara semula bagi ‘membalas dendam’ (perintah berkurung Covid-19). Royal Caribbean menjadikan pelayaran ini satu realiti menerusi percutian menakjubkan ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
KOMEN TERKINI