ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Rupa-rupanya ada empat model Edisi Khas Proton bakal dilancarkan 18 Februari ini!

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi Proton Cars hari ini secara rasminya mengumumkan tarikh pelancaran beberapa model Edisi Khas yang bakal dilancarkan secara maya dalam talian pada 18 Februari ini. Nampaknya bukan tiga model yang bakal dilancarkan nanti, rupa-rupanya ada empat model termasuk sebuah MPV.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Menurut apa yang kami tahu setakat ini, kesemua empat model itu Edisi Khas itu adalah:

  • Iriz R3 Limited Edition
  • Saga R3 Limited Edition
  • Persona Black Edition
  • Exora Black Edition

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Acara pelancaran secara maya itu nanti akan berlangsung mulai jam 11.00 pagi, 18 Februari 2021 menerusi saluran media sosial Facebook. Menerusi info yang kami perolehi sebelum ini, kesemua model ini akan tampil dengan warna serba hitam, dengan model yang memakai lencana R3 Limited Edition akan dihiasi calitan warna kuning pada beberapa bahagian tertentu.

Dalam artikel terdahulu, kami telah menyiarkan foto intip dua model Edisi Khas tersebut, iaitu Iriz dan Saga R3 Limited Edition yang dalam perjalanan untuk dihantar ke pusat pameran Proton. Nantikan informasi terkini daripada kami mengenai model-model ini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply