ARKIB

KATEGORI

Tular

Syok sangat pandu uji Mercedes-Benz E43 AMG, tiba-tiba….

Tular

Views

Siang tadi tular satu video pendek dan beberapa foto yang memaparkan sebuah unit pandu uji Mercedes-Benz E43 AMG yang dipandu oleh seorang lelaki hilang kawalan lalu merempuh paip besar di tepi jalan. Video tersebut telah dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook bernama Yazeed Hair Johari dan telah dikongsi lebih 2,700 kali serta menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

Tidak dapat dipastikan apa yang terjadi kepada pemandu kereta tersebut dan dalam salah satu foto kelihatan sebuah ambulans berada di lokasi kejadian. Kami berharap agar pemandu kereta tersebut selamat dan tidak mengalami kecederaan yang serius.

Memang tidak dapat dinafikan kereta yang mampu menjana 401 kuasa kuda ini sebuah jentera yang berkuasa, namun bukan semua pemandu yang mampu ‘menjinakkan’nya dan usah terlalu teruja untuk menduga kehebatan jentera tersebut jika ilmu pemanduan tidak seberapa.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Menurut rakan kami saudara Azad Jasmi yang juga merupakan seorang pelatih pemanduan profesional, kejadian ini haruslah diambil iktibar oleh semua pemandu. Katanya, kenderaan yang hebat dengan sistem brek dan suspensi mahal bukanlah “lesen” untuk kita memandu laju di atas jalan raya, lebih-lebih lagi di kawasan perumahan, pusat komersial mahu pun di jalan raya yang ada banyak kenderaan.

Tambahnya, kita jangan sekali-kali “memandang rendah” kekuatan kenderaan dan “terlalu yakin” pada keupayaan diri sendiri.  Jelasnya lagi, ramai yang beranggapan suspensi sport dan rendah, tayar lebar, tukar rim sport, tukar “pad brek berprestasi tinggi” sudah membolehkan kenderaan ini “layak” untuk dipandu laju, namun mereka silap.

Katanya lagi, kita perlu meningkatkan ilmu pemanduan kerana ia bukan sahaja kemahiran fizikal mengawal kenderaan tetapi kemahiran kematangan diri untuk mengawal emosi agar tidak mudah terpengaruh dengan “ajakan” kenderaan lain atau mudah teruja dengan kenderaan lain di atas jalan raya. Kematangan mengawal emosi juga ilmu pemanduan yang jarang diambil berat.

Bagi seorang warganet bernama Zulhelmi Ramli yang berpengalaman sebagai penasihat jualan di NAZA sejak 2008 pula, isu ini bukanlah kejadian yang pertama dan ia telah berlaku banyak kali sebelum ini hingga ada kereta yang pernah “total loss“. Katanya, ketika di NAZA, mereka telah dilatih dengan prosedur lengkap untuk membenarkan pelanggan memandu uji sesebuah kereta di bilik pameran.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Pentingnya untuk penasihat jualan menyelidik terlebih dahulu latar belakang seseorang pelanggan, contohnya jenis kenderaan yang mereka pandu sebelum ini. Tambah Zulhelmi, kira-kira 75 peratus pelanggan yang membeli kereta dengannya tidak memandu uji dan hanya membeli berdasarkan spesifikasi yang tertera pada risalah sahaja.

Sebagai contoh, Rolls Royce merupakan salah satu pengeluar yang cukup teliti dan menapis pelanggan yang ingin menjejakkan kaki ke bilik pameran mereka. Namun, itu tidak bermakna mereka sombong kerana mereka mahu menjaga imej prestij jenama tersebut.

Kata Zulhelmi lagi, dalam kes ini jika prosedur lengkap dijalankan sebelum sesi pandu uji, besar kemungkinan ia akan ditanggung oleh pihak insurans, namun jika tidak, penasihat jualan tersebut bakal dimarahi oleh majikan dan mungkin juga bakal “kehilangan kerja”.

Syarikat pula terpaksa menanggung segala kos pembaikan dan mungkin ada “suara-suara sumbang yang akan menghasut” supaya jangan membeli di situ kerana menjual kereta yang telah mengalami kemalangan. Ini sekali gus mencalar reputasi syarikat tersebut. Tambahnya lagi, kenyataan ini hanyalah pandangan peribadinya dan terpulanglah kepada anda semua untuk bersetuju atau pun tidak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply