ARKIB

KATEGORI

Tular

Sanggup ambil cuti dan berbekalkan RM50, ‘Abang Viva’ bawa bot jadi ‘hero’ bantu mangsa banjir

Tular

Views

Sebenarnya kisah di sebalik musibah banjir kali ini banyak memberi inspirasi kepada kita semua rakyat Malaysia. Salah satu kisah yang ingin kami kongsikan adalah mengenai seorang individu bernama Azwan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Abang Viva‘.

Kisahnya mula tular di media sosial dan turut dikongsikan oeh pemilik akaun Facebook Evolusi Shah Mivec. Katanya, individu tersebut sanggup memohon cuti kecemasan dari majikannya untuk ke Shah Alam dengan memandu Perodua Viva dari Melaka dengan membawa sebuah bot di atas bumbung keretanya untuk menyelamatkan mangsa banjir.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Dengan hanya berbekal ‘wang saku’ sebanyak RM50, Azwan yang bekerja sebagai operator mesin menggunakan wang tersebut untuk membeli minyak untuk bot sebanyak RM20 dan bakinya untuk membeli makanan seperti roti dan air bagi ‘mengalas perut’.

Antara mangsa banjir yang diselamatkan ialah pasangan warga emas termasuk suami yang lumpuh dan seorang ibu dengan bayi yang baru dilahirkan. Sejak beberapa hari lepas, Abang Viva hanya mengalas perut dengan makan roti dan air serta tidur di dalam botnya.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Namun dia terus kental dan cekal untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. Kisahnya mula tersebar hingga menyebabkan orang ramai menghulurkan bantuan kewangan kepadanya. Namun, dia agak keberatan mahu menerimanya dan telah mendermakan sebahagian besar wang itu kepada NGO-NGO lain.

Abang Viva berkata, dia datang untuk membantu dengan ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Dia juga tidak minta untuk menjadi sohor dan tular di media sosial. Memang hebat insan yang digelar Abang Viva ini.

Dia bukanlah orang kenamaan dan hanya rakyat marhaen yang mempunyai jiwa yang murni. Memang layak dia digelar ‘wira yang tak didendang’ dan semoga usaha yang dibuat olehnya bagi membantu mangsa banjir mendapat ganjaran yang besar di sisi-Nya.

Semoga kisah ini memberikan inspirasi buat semua!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply