ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton mula percubaan pengeluaran X70 CKD di Pakistan

Berita Global

Views

Selepas Saga, tiba giliran SUV pertama Proton, iaitu X70 menjadi model kedua syarikat tersebut yang akan dipasang secara tempatan (CKD) di Pakistan.

Menurut akaun Facebook Aris Anuar, sudah seminggu kumpulan pertama X70 tiba di negara tersebut untuk memulakan kerja permulaan percubaan pengeluaran.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Aris berkata, pengeluaran X70 secara tempatan ini bukan sahaja akan meningkatkan jumlah pengeluaran, malah memberi lebih kemahiran dalam pembuatan kereta yang lebih canggih kepada Proton Pakistan.

Pelancaran model CKD X70 dijadualkan pada bulan Disember 2021. Setakat ini, Al-Haj Automotive telah menerima sebanyak 2,500 unit tempahan bagi Saga dan lebih daripada 2,000 unit tempahan bagi X70.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Di Pakistan, model SUV ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter TGDi (Drive E) yang dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT).

Ia ditawarkan dalam dua pilihan varian, Executive AWD yang dijual pada harga Rs 4,890,000 (RM123,372) dan Premium 2WD pula berharga Rs 5,390,000 (RM135,987).

Lima pilihan warna ditawarkan, iaitu Snow White, Armour Silver, Ruby Red, Space Grey dan Jet Grey.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Aris Anuar

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply