ARKIB

KATEGORI

Buletin

SDAC lancar program ‘Ford Assured’, tawar kenderaan Ford terpakai yang diperakui

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) melancarkan program “Ford Assured” atau “Jaminan Ford“, yang menawarkan model-model kenderaan Ford terpakai yang diperakui.

Program ini merupakan usaha perakuan dan jaminan menyeluruh yang bertujuan memberikan keyakinan dan ketenangan fikiran kepada pelanggan yang mempertimbangkan pembelian kenderaan Ford terpakai.

Tumpuan utama program tersebut ialah proses pemeriksaan dan perakuan teliti yang memastikan kereta Ford terpakai memenuhi kualiti dan piawaian prestasi yang ketat.

Ford Assured dirangka untuk menambah baik pengalaman pembelian kereta terpakai keseluruhan bagi pelanggan, sekali gus menekankan komitmen Ford kepada kualiti, keandalan dan kepuasan pelanggan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ia menetapkan syarat kenderaan Ford terpakai seharusnya berusia kurang dari lima tahun atau mempunyai jarak perbatuan kurang daripada 140,000 km untuk Ranger dan 80,000 km untuk Everest dengan sejarah servis yang lengkap dan komprehensif.

Selain itu, Pemeriksaan 96-Titik yang dikendalikan oleh juruteknik bertauliah memastikan setiap aspek kenderaan Ford terpakai, daripada prestasi mekanikal kepada rupa bentuk kenderaan, memenuhi piawaian tertinggi.

Tambahan lagi, Piawaian Baik Pulih khusus memastikan proses pembaikan dilaksanakan pada tahap kecemerlangan tertinggi, dengan menggalakkan konsistensi dan kualiti meliputi semua kenderaan terpakai Ford yang diperakui.

Menurut Pengarah Urusan, Sime Darby Motors, Asia Tenggara, Jeffrey Gan, program ini mencerminkan kesungguhan Sime Darby Motors untuk menetapkan penanda aras industri dan menambah baik pengalaman automotif secara keseluruhan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kata Pengarah Urusan, SDAC, Turse Zuhair pula, dengan memperkenalkan program Ford Assured, pihaknya amat teruja untuk menaik taraf sektor kenderaan terpakai.

Untuk kenderaan dengan waranti daripada pengeluar yang sudah luput, program Ford Assured memberikan jaminan 12 bulan bagi enjin dan kotak gear, tertakluk kepada terma dan syarat.

Syarat-syarat ini termasuklah jarak perbatuan kenderaan di bawah 140,000 km untuk Ranger manakala untuk Everest pula 80,000 km dan usia tidak melebihi lima tahun.

Selain itu, jaminan ini menetapkan syarat bahawa alat-alat ganti kenderaan mestilah tidak pernah digantikan atau diubahsuai oleh pihak ketiga dan mesti diservis, disenggarakan, dan dibaiki oleh wakil-wakil penjualan Ford yang sah mengikut selang masa servis yang disyorkan.

Tawaran eksklusif daripada SDAC ini kini boleh didapati di bilik pameran Ford Ara Damansara. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.sdacford.com.my/shop/ford-assured.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply