ARKIB

KATEGORI

Buletin

SPRM perkenal aset baharu ‘Special Purpose Vehicle’ Weststar Maxus V80, lengkap dengan CCTV dan GPS

Berita Tempatan

Views

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini melancarkan aset baharu yang terdiri daripada kenderaan khas atau ‘Special Purpose Vehicle‘ (SPV) yang telah diubah suai sepenuhnya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Datuk Sri Haji Azam Baki berkata, SPV jenama Weststar Maxus V80 tersebut telah difabrikasi bagi dijadikan kenderaan untuk membawa orang kena tahan (OKT) ke mahkamah dan juga dijadikan kenderaan persenjataan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

SPV ini difabrikasi khas dengan ciri-ciri keselamatan daripada segi pengiringan OKT ke mahkamah. Ia juga dilengkapi dengan sistem pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) meliputi sistem kamera 360 darjah yang pertama seumpamanya diguna pakai oleh agensi penguatkuasaan di negara ini.

Sistem CCTV ini boleh dipantau terus dari Ibu Pejabat SPRM walaupun kenderaan tersebut berada di negeri-negeri.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan alat pengesan GPS sebagai langkah keselamatan sekiranya terdapat insiden yang tidak diingini berlaku ke atas kenderaan ini.

Dalam majlis itu, sebanyak 17 buah kenderaan dengan 16 buah digunakan untuk membawa OKT akan diserahkan kepada setiap negeri manakala dua lagi akan ditempatkan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Sementara itu, Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Smart Aim Sdn Bhd, Dr Wan Aminah Wan Hassan berkata, SPV ini mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk disiapkan dan ia berteraskan teknologi pertama yang dicipta di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit SPRM

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply